• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tak Mustahil Kes COVID-19 Melonjak Ke Angka 9,000 Dalam Beberapa Minggu Akan Datang

Oleh
Husna Hazmi
25 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Dalam beberapa minggu akan datang, Malaysia mungkin akan mencatat peningkatan antara 8,000 hingga 9,000 kes COVID-19.

Tak Mustahil Kes COVID-19 Melonjak Ke Angka 9,000 Dalam Beberapa Minggu Akan Datang. Dilaporkan bahawa pakar kesihatan awam tidak menolak kemungkinan Malaysia bakal menyaksikan peningkatan antara 8,000 hingga 9,000 kes COVID-19 dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Isi Isi Penting
  • Dalam beberapa minggu akan datang, Malaysia mungkin akan mencatat peningkatan antara 8,000 hingga 9,000 kes COVID-19.
  • Sekiranya sampai ke tahap sedemikian maka sewajarnya PKP penuh dilaksanakan segera
  • Adakah peningkatan kes COVID-19 ini disebabkan oleh musim perayaan
  • Sistem kesihatan kini tertekan
Tak Mustahil Kes COVID-19 Melonjak Ke Angka 9,000 Dalam Beberapa Minggu Akan Datang
Tak Mustahil Kes COVID-19 Melonjak Ke Angka 9,000 Dalam Beberapa Minggu Akan Datang

Sekiranya sampai ke tahap sedemikian maka sewajarnya PKP penuh dilaksanakan segera

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman, berdasarkan R-naught (Rt) 1.21, setiap 100 kes akan berpotensi menyebabkan jangkitan kepada 121 yang lain.

“Kes sebanyak 6,000 hingga 7,000 ini dijangka kekal dan mungkin meningkat ke 8,000 hingga 9,000 kes dalam tempoh dua atau tiga minggu akan datang,” ujar Malina kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, sekiranya sampai ke tahap sedemikian maka sewajarnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan segera.

“Kita sebenarnya minta dua minggu sahaja bukan beberapa bulan seperti PKP 1.0 dahulu.

“Namun buat masa ini, kita lihat kerajaan telah pun memberikan keputusan dan rasional untuk tidak melaksanakannya disebabkan faktor keperluan meneruskan aktiviti ekonomi,” ujar beliau lagi.

Tak Mustahil Kes COVID-19 Melonjak Ke Angka 9,000 Dalam Beberapa Minggu Akan Datang

Adakah peningkatan kes COVID-19 ini disebabkan oleh musim perayaan

Pada masa yang sama, ketika ditanya adakah peningkatan kes COVID-19 ini disebabkan oleh musim perayaan, Malina tidak menolak kemungkinan tersebut dan berkata, ia berpunca dari persepsi tidak mengapa, keinginan berhari raya bersama mereka yang rapat serta memandang mudah mengenai risiko jangkitan.

Beliau juga turut menegaskan bahawa isunya kini bukan sahaja jumlah kes yang tinggi bahkan sistem perkhidmatan kesihatan yang mungkin lumpuh bila-bila masa.

Sebelum ini, amaran peningkatan kes telah disuarakan seawal bulan April lalu yang mana sekiranya langkah membendung aktiviti yang memerlukan pelitup muka dibuka seperti acara sosial yang melibatkan makan minum, kes aktif boleh meningkat sehingga 50,000 kes menjelang hari raya.

Tak Mustahil Kes COVID-19 Melonjak Ke Angka 9,000 Dalam Beberapa Minggu Akan Datang

Sistem kesihatan kini tertekan

“Di sini kita perhatikan tindakan oleh agensi berkenaan untuk bertindak agak mengambil masa. Pada hari ini (semalam) kita hadapi peningkatan kes aktif sehingga hampir 60,000 dan ini menyebabkan sistem kesihatan kini tertekan.

“Kita perlu faham varian virus sekarang mudah berjangkit serta mempunyai kesan yang lebih serius terhadap individu yang dijangkiti.

“Dengan bilangan katil di hospital dan ICU yang semakin kritikal, kita perlu bersama-sama mengelakkan diri dari sebarang kemungkinan jangkitan,” tegas beliau lagi.

Beliau berkata, rasa gerun dalam kalangan rakyat berikutan jumlah kes yang tinggi perlu disertai kesungguhan untuk mengelakkan diri daripada jangkitan.

Untuk rekod, sejak 19 Mei lalu sehingga Isnin, negara merekodkan lebih 6,000 kes COVID-19 sehari dan rekod tertinggi dicatatkan adalah pada Ahad lalu iaitu sebanyak 6,976 kes.

Kita jaga kita.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Ke Bawah Dilarang Keluar Ke Tempat Awam
Next Article Berkuatkuasa 25 Mei 2021, Ini Senarai Sekatan Jalan Raya Mengikut Zon Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?