• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rakyat Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari Di Rumah Sekiranya Tiba Dari Sabah Atau Labuan

Oleh
ILB - AI
24 September 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Rakyat Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari Di Rumah Sekiranya Tiba Dari Sabah Atau Labuan

Susulan Sabah diisytiharkan zon merah, Sarawak mula meningkatkan langkah-langkah untuk memantau pengunjung dari Sabah

Rakyat Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari Di Rumah Sekiranya Tiba Dari Sabah Atau Labuan. Terkini, dilaporkan bahawa keputusan untuk memperketatkan kemasukan pengunjung dari Sabah akan berkuatkuasa mulai 25 September.

Isi Isi Penting
  • Susulan Sabah diisytiharkan zon merah, Sarawak mula meningkatkan langkah-langkah untuk memantau pengunjung dari Sabah
  • Perjalanan ke Sarawak dari laluan Sabah dan Labuan dikehendaki memohon kebenaran masuk ke negeri
  • Perlu memohon pas khas bagi mereka yang membuat perjalanan berulang alik kerap dari Sabah/Labuan ke Sarawak
  • Semua warganegara dan warga asing yang ingin memasuki Sarawak harus mengisytiharkan jika mereka berada di antara Sabah atau Labuan dalam tempoh 14 hari lepas

Penyataan ini diumumkan oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hasil mesyuarat hari ini berikutan banyak kes positif Covid-19 dilaporkan di Sabah.

Rakyat Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari Di Rumah Sekiranya Tiba Dari Sabah Atau Labuan
Rakyat Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari Di Rumah Sekiranya Tiba Dari Sabah Atau Labuan

Perjalanan ke Sarawak dari laluan Sabah dan Labuan dikehendaki memohon kebenaran masuk ke negeri

Menurutnya, bagi rakyat Sarawak serta pemegang Pas Pemastautin Tetap (PR) atau pemegang Pas Visa Sarawak yang datang ke negeri melalui Sabah atau Labuan perlu memohon kebenaran masuk dengan mengisi secara dalam talian aplikasi EnterSarawak sebelum masuk ke negeri.

Mereka juga dikenakan kuarantin di rumah selama 14 hari dan akan diberi gelang tang serta dikehendaki menjalani ujian calitan rT-PCR pada hari kedua dan hari kesepuluh. Ujian ini akan ditanggung oleh kerajaan Sarawak.

Bagi rakyat Malaysia yang bukan warga Sarawak (Semenanjung, Sabah atau Labuan) dan warga asing, mereka perlu memohon kebenaran masuk ke negeri untuk masuk.

Mereka boleh berbuat demikian dengan mengisi EnterSarawak dengan melampirkan keputusan ujian Covid-19 (rT-PCR) mereka (sah 3 hari) sebelum diluluskan untuk masuk ke negeri. Jika gagal berbuat demikian, mereka tidak dibenarkan masuk ke Sarawak.

Tambahnya lagi, mereka akan diberi pas masuk lima hari terhad di Sarawak dan harus melampirkan tiket penerbangan perjalanan pulang.

Rakyat Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari Di Rumah Sekiranya Tiba Dari Sabah Atau Labuan
Bukan warga Sarawak yang hendak masuk ke Sarawak perlu menjalani ujian rT-PCR (sah 3 hari) sebelum perjalanan dan hasil keputusan ujian harus dilampirkan.

Perlu memohon pas khas bagi mereka yang membuat perjalanan berulang alik kerap dari Sabah/Labuan ke Sarawak

Bagi warganegara dan warga asing yang perlu membuat perjalanan berulang alik kerap, mereka dikehendaki untuk memohon pas khas dari JPBN Bahagian (Pejabat Residen) dan juga mengambil sampel Covid-19 setiap 14 hari.

Hasil keputusan ujian rT-PCR hanya akan sah selama 14 hari dan jika mereka gagal follow up untuk pemeriksaan seterusnya, pas mereka akan dianggap tidak sah.

Semua warganegara dan warga asing yang ingin memasuki Sarawak harus mengisytiharkan jika mereka berada di antara Sabah atau Labuan dalam tempoh 14 hari lepas

Sekiranya didapati membuat pengisytiharan palsu, mereka akan dikenakan tindakan di bawah State Protection of Public Health Ordinance 1999.

Semua penerbangan yang transit melalui Sabah atau Labuan tidak akan dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa dilampirkan keputusan ujian Covid-19 rT-PCR.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pendaki Positif COVID-19, Kompleks Taman Kinabalu Ditutup Hingga 8 Oktober 2020 Pendaki Positif COVID-19, Kompleks Taman Kinabalu Ditutup Hingga 8 Oktober 2020
Next Article Bunuh Anak Sendiri, Sepasang Kekasih Dihukum Ke Tali Gantung

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?