• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Bunuh Anak Sendiri, Sepasang Kekasih Dihukum Ke Tali Gantung

Oleh
Husna Hazmi
24 September 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Seorang wanita dan teman lelakinya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini kerana membunuh anak sendiri.

Bunuh Anak Sendiri, Sepasang Kekasih Dihukum Ke Tali Gantung. Seorang wanita dan teman lelakinya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki wanita tersebut pada tahun 2014.

Bunuh Anak Sendiri, Sepasang Kekasih Dihukum Ke Tali Gantung
Bunuh Anak Sendiri, Sepasang Kekasih Dihukum Ke Tali Gantung

Pasangan Kekasih dijatuhkan hukuman gantung mandatori

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh menjatuhkan hukuman gantung mandatori terhadap Saravanan Kumar, 30, dan T. Gayathry, 36, selepas pihak pembelaan gagal untuk membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, Ahmad Shahrir berkata, mahkamah tidak boleh menerima alibi tertuduh pertama, Saravanan Kumar bahawa tertuduh tidak berada di lokasi kejadian memandangkan tidak ada kenyataan bertulis daripada saksi.

Saravanan diwakili peguam by V. Parthipan manakala Gayathry diwakili peguam Gabriel Susayan.

Pada 13 Oktober 2014, pasangan kekasih itu didakwa di Mahkamah Sesyen Bukit Mertajam dekat sini atas kesalahan membunuh S. Kaviarasan yang ketika itu berumur lima tahun.

Pasangan tersebut didakwa melakukan jenayah tersebut di Jalan Ladang, Permatang Serai di Bukit Tengah antara jam 8 pagi pada 20 September dan 11.25 pagi, 29 September 2014.

Kes telah disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan ikat jamin tidak dibenarkan untuk kesalahan.

Kanak-kanak lelaki yang dikatakan dibunuh secara tidak sengaja oleh ibunya di rumah mereka di Kulim, Kedah sebelum mayatnya dicampak di kawasan semak di ladang sawit berhampiran Permatang Tinggi, Bukit Tengah,Pulau Pinang.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemui kira-kira sembilan hari selepas kanak-kanak itu dilaporkan hilang.

Ibu mangsa ketika itu dilaporkan membuat laporan polis mendakwa anak lelakinya hilang ketika bersiar-siar di Esplanade, George Town pada 23 September 2014.

Baca lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rakyat Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari Di Rumah Sekiranya Tiba Dari Sabah Atau Labuan Rakyat Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari Di Rumah Sekiranya Tiba Dari Sabah Atau Labuan
Next Article Tular Video Perempuan Dipukul Oleh Seorang Lelaki, Gelar Diri Gangster Sibu Tular Video Perempuan Dipukul Oleh Seorang Lelaki, Gelar Diri Gangster Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?