• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berlaku Pada Hari Yang Sama, Dua Kereta Di KK Jadi Mangsa Pecah Masuk Di Tempat Paling Selamat

Oleh
ILB - AI
15 Mac 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Berlaku Pada Hari Yang Sama, Dua Kereta Di KK Jadi Mangsa Pecah Masuk Di Tempat Paling Selamat

Walaupun parking di tempat yang paling selamat, kereta itu masih tidak dikecualikan daripada dirompak

Berlaku Pada Hari Yang Sama, Dua Kereta Di KK Jadi Mangsa Pecah Masuk Di Tempat Paling Selamat. Sejujurnya, tiada siapa yang selamat daripada rompakan pada masa kini walaupun anda fikir anda berada dalam kedudukan paling selamat.

Perkara ini terbukti benar apabila bukan seorang tetapi dua mangsa rompakan kereta yang dilakukan pada hari yang sama tampil berkongsi kisah nasib malang mereka di Facebook baru-baru ini. Anda akan menyangka bahawa mereka telah meletakkan kereta mereka di tempat terpencil tetapi apa yang lebih mengejutkan adalah rompakan terbabit berlaku berhampiran pintu masuk premis!

Berlaku Pada Hari Yang Sama, Dua Kereta Di KK Jadi Mangsa Pecah Masuk Di Tempat Paling Selamat

Kejadian berlaku di pusat membeli-belah IMAGO, Kota Kinabalu

Mangsa pertama iaitu Jaimon Igang, berkongsi menerusi Facebook tentang kejadian yang berlaku kepadanya. Katanya, keretanya dipecah masuk pada 14 Mac 2022 (iaitu semalam) di parking lot IMAGO Mall.

Selain mengalami kerosakan pada cermin kereta akibat dipecah masuk, beliau juga berkata bahawa beg isterinya yang mengandungi kad klinik anak mereka telahpun dicuri sekali.

Kereta Jaimon yang telah dipecah masuk. Kredit foto: Facebook

Sementara itu, mangsa kedua adalah seorang wanita bernama Ellye Ornella Ramuald yang turut berkongsi tentang kejadian malang itu dalam Facebook peribadinya. Untuk kes beliau, keretanya dipecah masuk di Tingkat 3 L3-184 IMAGO Mall pada hari yang sama.

Kereta Ellye di tempat parkir kereta IMAGO Mall. Kredit foto: Facebook

Menurut Ellye, beliau telah pergi ke IMAGO Mall bersama 3 kawannya sekitar jam 3:45PM dan meletakkan kenderaannya berhampiran pintu masuk pusat membeli-belah itu. Beliau hanya menyedari tentang nasib keretanya sekitar jam 5:11PM apabila beliau dan rakan-rakannya kembali ke kereta beliau dan dimaklumkan oleh seorang petugas kaunter MySejahtera bahawa cermin kereta Ellye di sebelah kiri bahagian belakang telah mengalami kepecahan.

Bersama petugas itu pula ialah seorang individu yang didakwa pemilik kenderaan sebelah kereta Ellye.

Kereta Ellye yang dipecah masuk. Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook

Ketika menyiasat, Ellye mendapati hanya satu sahaja barang dicuri. Namun, barang tersebut merupakan barang paling penting baginya – sebuah bakul berwarna putih berbunga pink yang mengandungi dokumen penting.

Dalam bakul tersebut adalah dokumen yang berkaitan dengan urusan mendiang bapa beliau dan ia difahamkan bahawa sebelum Ellye pergi ke IMAGO Mall, beliau baru sahaja menyelesaikan urusannya di KWSP – maka mengapa beliau membawa bakul itu.

Yang lebih menyedihkan, selama ini Ellye telah mengalami pengalaman yang sukar untuk menyelesaikan urusan mendiang bapanya dan segala dokumen yang diperlukan terletak dalam bakul yang dicuri itu.

Laporan polis sudah dibuat, saksi di tempat kejadian dipanggil untuk membantu siasatan

Kedua-dua mangsa telah membuat laporan polis mengenai kejadian masing-masing.

Ia difahamkan ketika Ellye semak CCTV untuk lihat kejadian, sebuah kereta Perodua Axia telah masuk parking di sebelah kereta beliau. Menurutnya, tempat letak kereta di sebelah mereka kosong ketika mereka tiba dan hanya selepas mereka memasuki premis, kereta Axia berkenaan datang untuk memarkir ke ruang parkir berkenaan.

Namun, tiada siapa yang meninggalkan kereta Axia tersebut dan akhirnya kereta terbabit beredar dari situ. Sebuah lagi kereta masuk ke tempat letak kereta itu dan pemilik kereta inilah yang memaklumkan kepada petugas kaunter MySejahtera tentang tingkap kereta Ellye yang pecah.

Ellye turut menyeru kepada pemilik kereta Perodua Axia berkenaan untuk tampil memberi bantuan atau dijadikan saksi. Beliau juga berharap bakul yang dicuri itu dapat dipulangkan dengan selamat kerana dokumen yang disimpan dalam bakul tersebut sangat penting untuk beliau.

Bakul berkenaan yang dipenuhi fail. Kredit foto: Facebook

Jika anda telah menemui atau mempunyai maklumat tentang bakul berwarna putih berbunga pink yang mengandungi fail-fail itu, sila hubungi Ellye di talian +6014-983 8487.

Sementara itu, Jaimon (mangsa pertama) telah mencadangkan pihak IMAGO MALL untuk meningkatkan tahap keselamatan dengan CCTV dan rondaan yang kerap agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

Semoga barangan Ellye dan Jaimon ditemui dengan selamat dan orang lain tidak mengalami perkara seperti ini. Sentiasa berwaspada dan jangan sesekali meninggalkan barang penting dalam kenderaan anda.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rimas Selalu Dimasukkan Dalam Group Spam Dan Pelik Di Telegram? Ini Cara Untuk Anda Hentikannya
Next Article Permohonan Dibatalkan, 11 Rakyat Sarawak Fail Saman Untuk Tarik Wilayah Keluar Dari Malaysia Tidak Sah Dakwa Perjanjian Malaysia 1963 Tidak Sah, 11 Individu Fail Saman Tarik Keluar Sarawak Dari Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?