• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bernilai RM30 Juta, Kerajaan Sarawak Rancang Bina Tiang Bendera Tertinggi Di Malaysia

Oleh
Nazihah AN
28 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Bernilai RM30 Juta, Kerajaan Sarawak Rancang Bina Tiang Bendera Tertinggi Di Malaysia

Dilaporkan bahawa ianya bakal dibina di kawasan Tea House atau Fort Margherita

Bernilai RM30 Juta, Kerajaan Sarawak Rancang Bina Tiang Bendera Tertinggi Di Malaysia. Kerajaan Sarawak merancang untuk membina tiang bendera tertinggi di Malaysia untuk mengibarkan bendera Sarawak di Petra Jaya, di sini.

Menerusi satu sumber di media tempatan, kerajaan cadangkan bahawa ketinggian tiang bendera tersebut mencatat 99m, iaitu 4m lebih tinggi daripada tiang bendera tertinggi di Malaysia yang bertapak di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur.

Bernilai RM30 Juta, Kerajaan Sarawak Rancang Bina Tiang Bendera Tertinggi Di Malaysia
Bernilai RM30 Juta, Kerajaan Sarawak Rancang Bina Tiang Bendera Tertinggi Di Malaysia

Dilaporkan bahawa projek ini dijangka mengambil kira belanja sebanyak RM30 juta.

Tiang bendera itu akan didirikan berhampiran Tea House atau Fort Margherita di sini (di sekitar kompleks DUN)”

The Borneo Post

Difahamkan bahawa tiang bendera tersebut dibina untuk menandakan pencapaian Sarawak dalam mendapatkan semula hak dan keistimewaannya di bawah Perjanjian Malaysia 1963, termasuk peningkatan jawatan ketua pentadbiran negeri daripada ketua menteri kepada perdana menteri.

Walau bagaimanapun, maklumat penuh mengenai tiang bendera dan tarikh projek tersebut bakal dimulakan dan dijadualkan untuk siap masih belum diketahui.

Bernilai RM30 Juta, Kerajaan Sarawak Rancang Bina Tiang Bendera Tertinggi Di Malaysia

Buat info tambahan, tiang bendera yang terletak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur itu telah dibina pada tahun 1989 tepat pada masanya untuk Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel pada tahun itu.

Terletak di hujung selatan Dataran Merdeka kerana di tempat inilah Bendera Kesatuan diturunkan untuk menandakan berakhirnya pemerintahan British dan bendera Malaya dinaikkan buat kali pertama pada 31 Ogos 1957.

Tiang bendera itu terkenal sebagai yang ke-12 tertinggi di dunia selepas tiang bendera Belgaum di India, mencatat 110m tinggi. Tiang bendera tertinggi semasa di dunia ialah tiang bendera Jeddah 171m di Arab Saudi.

Bernilai RM30 Juta, Kerajaan Sarawak Rancang Bina Tiang Bendera Tertinggi Di Malaysia

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan bawah:

Hati-Hati Memilih Syarikat Pelancongan, MOTAC Dedah Senarai Agensi Yang Tidak Berlesen
Selari Tuntutan MA63, KPM Sedia Tambah Baik Pendidikan Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selain Kopi, Ketahui 5 Makanan Yang Boleh Hilangkan Rasa Mengantuk Selain Kopi, Ketahui 5 Makanan Yang Boleh Hilangkan Rasa Mengantuk
Next Article Baru Saja Dibuka, Anda Wajib Cuba Aneka Ikan Bakar Atok Otan Di Metrocity Ini Baru Saja Dibuka, Anda Wajib Cuba Aneka Ikan Bakar Atok Otan Di Metrocity Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?