• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Hati-Hati Memilih Syarikat Pelancongan, MOTAC Dedah Senarai Agensi Yang Tidak Berlesen

Oleh
Nazihah AN
27 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Hati-Hati Memilih Syarikat Pelancongan, MOTAC Dedah Senarai Agensi Yang Tidak Berlesen

Hati-hati dengan tawaran pakej pelancongan yang murah

Hati-Hati Memilih Syarikat Pelancongan, MOTAC Dedah Senarai Agensi Yang Tidak Berlesen. Setiap tahun, seringkali kita dengar kes dan berita berkenaan dengan penipuan pakej pelancongan. Kasihan dekat orang yang sudah susah payah untuk kumpul duit, tapi akhirnya terjerat dengan scammer agensi.

Hal sebegini pasti membuatkan timbulnya rasa takut untuk menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan kerana tidak mahu diri ditipu.

Hati-Hati Memilih Syarikat Pelancongan, MOTAC Dedah Senarai Agensi Yang Tidak Berlesen
Hati-Hati Memilih Syarikat Pelancongan, MOTAC Dedah Senarai Agensi Yang Tidak Berlesen.

Semak dahulu latar belakang mana-mana agensi yang anda pilih

Terbaharu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah berkongsi 15 nama agensi pelancongan yang didapati tidak memiliki lesen sah sekaligus telah melanggar akta Industri Pelancongan 1992.

Senarai tersebut telah dikemaskini pada 26 Januari 2023. Berikut adalah nama-nama agensi pelancongan yang patut anda elakkan untuk berurusan:

  1. ABIR CONCEPT HOLIDAYS SDN BHD
  2. AL MUNAWWARAH AGENCY TRAVEL & SERVICES SDN BHD
  3. ANITHA SAI TOUR
  4. AR RAYYAN HIJRAH GLOBAL SDN BHD
  5. BIGSUMO TOUR & TRAVEL
  6. HIDDAN TRAVEL SDN. BHD.
  7. IMPIAN TERBANG RESOURCES
  8. MAYAVINPAYANAM
  9. MEGA WIRA AGENCY SDN BHD
  10. OOH CUTI
  11. PRIYA TRAVEL & TOURS SDN BHD
  12. SABAH TRIP HOLIDAYS
  13. SALAM HAJI TRAVEL & TOURS SDN BHD
  14. SHIVA TOURISM

TERKINI ‼️‼️

Senarai Amaran Entiti Yang Melanggar Akta Industri Pelancongan 1992.

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati memilih syarikat pelancongan. Maklumat senarai agensi pelancongan berdaftar dibawah MOTAC https://t.co/Z3lIJ9Qeg2 pic.twitter.com/JxHWd9NNsT

— MyMOTAC (@MyMOTAC) January 26, 2023
Hati-Hati Memilih Syarikat Pelancongan, MOTAC Dedah Senarai Agensi Yang Tidak Berlesen

Ketahui modus operandi sindiket penipuan pelancongan

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan yang menawarkan harga pakej pelancongan murah.

Antara modus operandi yang digunakan oleh sindiket penipuan adalah seperti berikut:

  • Penipu menawarkan pakej percutian yang sangat murah dan menarik
  • Mangsa teruja dengan pakej yang ditawarkan
  • Penipu memberitahu mangsa untuk memindahkan wang dengan kadar segera bagi mengelakkan pakej “sold-out”.
  • Penipu mengelak daripada dihubungi mangsa setelah transaksi pembayaran dilaksanakan.
Hati-Hati Memilih Syarikat Pelancongan, MOTAC Dedah Senarai Agensi Yang Tidak Berlesen

Untuk mengambil langkah berjaga-jaga, anda harus semak latar belakang agensi-agensi yang anda ingin berurusan di laman web rasmi MOTAC. Semak agensi pelancongan berdaftar di sini.

Seperti contoh anda letakkan nama syarikat di ruangan yang disediakan kemudian tekan ‘cari’. Jika terdapat nama agensi tersebut, maka ianya adalah dipercayai dan mempunyai lesen yang sah dan berdaftar di bawah MOTAC.

Hati-Hati Memilih Syarikat Pelancongan, MOTAC Dedah Senarai Agensi Yang Tidak Berlesen

Pastikan anda menyemak dahulu agensi pelancongan untuk mengelakkan daripada ditipu.

Ketahui juga senarai IG Shop scammer yang masih aktif hingga kini. Baca pautan di bawah:

Awas Tawaran Baju Murah Di Media Sosial, Individu Ini Kongsi Senarai Scammer IG Shop
Whoscall, Aplikasi Kesan Panggilan ‘Scammer’ Dengan Kerjasama PDRM
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selari Tuntutan MA63, KPM Sedia Tambah Baik Pendidikan Di Sarawak Selari Tuntutan MA63, KPM Sedia Tambah Baik Pendidikan Di Sarawak
Next Article Selain Kopi, Ketahui 5 Makanan Yang Boleh Hilangkan Rasa Mengantuk Selain Kopi, Ketahui 5 Makanan Yang Boleh Hilangkan Rasa Mengantuk

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?