Terlebih kafein boleh membahayakan kesihatan
Selain Kopi, Ketahui 5 Makanan Yang Boleh Hilangkan Rasa Mengantuk. Selalu kita dengar kalau mengantuk, kita kena minum kopi. Kebiasaannya, rasa mengantuk itu akan terus hilang selepas minum secawan kopi.
Bagi golongan yang bekerja pula, meminum kopi boleh menjadi pemangkin ‘pembuka selera’ untuk mereka berdepan dengan pelbagai tugasan di pejabat atau tempat kerja.
Tapi ramai yang kadang-kadang lupa bahawa kopi mengandungi kafein. Dengan kesan kafein inilah yang boleh membuat anda kurang rasa mengantuk dan kadangkala berdebar-debar.
Jika diambil secara berlebihan ia juga boleh memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan.
Apa kata, kalau anda betul-betul mengantuk, cuba 5 cara ini untuk menggantikan kopi anda.
1. Dark choclate (coklat hitam)
Dark Chocolate sebenarnya mengandungi kafein tetapi tidaklah setinggi kopi. Kafein dalam coklat ini boleh menyegarkan mata dan memberikan kita tenaga.
2. Avocado
Buah avocado mempunyai kandungan potassium. Potassium inilah yang akan membuatkan kita rasa bertenaga sepanjang hari. Malah, pengambilan setengah biji avocado sebagai sarapan sudah cukup untuk memberikan tenaga sehingga waktu tengah hari.
3. Pisang
Selalu kalau kita tengok acara larian, para atlet akan makan pisang kan? Ha, sebabnya pisang ni mampu memulihkan dan membekalkan tenaga.
4. Badam
Badam atau almond ini kaya dengan vitamin E, B6 dan folat. Selain dapat menambahkan tenaga, makan kekacang ni tidaklah mengemukkan.
5. Air putih
Jika dibandingkan kelima-lima senarai tersebut, tidak keterlaluan dikatakan langkah ini adalah antara langkah yang paling berkesan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Walaupun ianya bukan makanan tetapi dengan meneguk beberapa teguk air putih, tidak dinafikan rasa mengantuk kita akan terus hilang.
Walaupun rasanya tidaklah sesedap kopi mahu pun teh, air putih ini sebenarnya mempunyai banyak manfaat sekiranya diambil pada waktu yang tepat dan dalam kuantiti yang sepatutnya.