• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Paling Tinggi Di Malaysia, Varian Delta Di Sarawak Kini Meningkat Kepada 271 Kes

Oleh
Husna Hazmi
11 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Sarawak pula mencatat 634 kes positif Covid-19 hari ini.

Paling Tinggi Di Malaysia, Varian Delta Di Sarawak Kini Meningkat Kepada 271 Kes. Berdasarkan jadual bilangan kes positif Covid-19 dengan VOC dan VOI mengikut negeri sehingga 10 Ogos 2021, Sarawak telah mencatat sebanyak 271 kes varian Delta di mana ianya merupakan jumlah paling tinggi di Malaysia.

Isi Isi Penting
  • Sarawak pula mencatat 634 kes positif Covid-19 hari ini.
  • Jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2
  • 84.6% pesakit Covid-19 yang berada di dalam kategori 5
  • 76.83% daripada 19,991 kes baharu semalam
Paling Tinggi Di Malaysia, Varian Delta Di Sarawak Kini Meningkat Kepada 271 Kes

Jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2

Jumlah tersebut telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 667 kes.

Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 647 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 209 kes varian Beta, 424 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, 4 kes varian Kappa, dan 3 kes varian Eta.

Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri adalah seperti di bawah:

84.6% pesakit Covid-19 yang berada di dalam kategori 5

Selain itu, 84.6% pesakit Covid-19 yang berada di dalam keadaan kritikal (Kategori 5) adalah daripada mereka yang belum lagi menerima vaksin.

Jumlah jangkitan Covid-19 di Malaysia masih lagi tinggi setiap hari tetapi, peningkatan jumlah orang yang sudah mendapat vaksin juga semakin meningkat dan menunjukkan hasil yang berkesan.

76.83% daripada 19,991 kes baharu semalam

Pada 10 Ogos, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkongsi dalam catatan Facebook bahawa 76.83% daripada 19,991 kes baharu semalam adalah daripada mereka yang belum menerima vaksin.

Pada hari ini pula, Malaysia melaporkan 20,780 kes Covid-19 baharu hari ini di mana ianya merupakan kes harian kedua tertinggi yang pernah dicatat. Sarawak mencatat 634 kes positif Covid-19 baharu hari ini manakala Sabah pula mencatat 1,514 kes positif.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bersilat Sambil Pegang Pedang Di Rumah Ibadat, Seorang Lelaki Di Kuching Ditahan Bersilat Sambil Pegang Pedang Di Rumah Ibadat, Seorang Lelaki Di Kuching Ditahan
Next Article Fakta Menarik Tentang John Beasley, Jurulatih Berbasikal Trek Yang Sangat ‘Sayang’ Pada Atlet Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?