I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Bertahun Belum Dinaik Taraf, Penceramah Motivasi Terkenal Terkilan Dengan Keadaan Jalan Yang Teruk Di Sabah
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bertahun Belum Dinaik Taraf, Penceramah Motivasi Terkenal Terkilan Dengan Keadaan Jalan Yang Teruk Di Sabah

Oleh Kedung BK 29 Ogos 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Bertahun Belum Dinaik Taraf, Penceramah Motivasi Terkenal Terkilan Dengan Keadaan Jalan Yang Teruk Di Sabah

Agak-agaknya ini bukan kali pertama keadaan jalan di Sabah dikritik orang luar

Bertahun Belum Dinaik Taraf, Penceramah Motivasi Terkenal Terkilan Dengan Keadaan Jalan Yang Teruk Di Sabah. Bayangkan anda dijemput untuk membuat seminar di tempat asing dan anda teruja untuk ke sana. Namun, pemandangan jalan yang begitu kurang dibangunkan serta menjadi sebab untuk menyukarkan perjalanan anda ke destinasi anda merosakkan mood anda.

Bayangkan mereka yang terpaksa hidup dengan keadaan jalan seperti ini setiap hari. Begitulah nasib sebilangan besar penduduk Sabah, terutamanya yang hidup di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Bertahun Belum Dinaik Taraf, Penceramah Motivasi Terkenal Terkilan Dengan Keadaan Jalan Yang Teruk Di Sabah
Bertahun Belum Dinaik Taraf, Penceramah Motivasi Terkenal Terkilan Dengan Keadaan Jalan Yang Teruk Di Sabah

“Kepada pihak-pihak berkenaan, tolonglah buka mata!” – Syamsul Debat

Baru-baru ini, seorang penceramah motivasi terkenal Malaysia berkongsi pengalamannya ke sebuah kampung di Pitas, Sabah, di mana beliau mengkritik keadaan jalan ke sana yang teruk.

Penceramah berkenaan, Tuan Syamsul Debat, berpeluang untuk menghadiri Kuliah Subuh di Masjid Kampung Telaga dan Ceramah Motivasi di SMK Telaga. Katanya, ini adalah kali kedua beliau pergi ke sini.

Bertahun Belum Dinaik Taraf, Penceramah Motivasi Terkenal Terkilan Dengan Keadaan Jalan Yang Teruk Di Sabah
Kredit foto: Astro Awani

Namun, apa yang mengejutkannya adalah keadaan jalan yang teruk – seolah-olah masih tak berubah sejak kali terakhir beliau ke sana.

Yang lebih menyedihkan, ia difahamkan keadaan jalan itu telah kekal sama selama beberapa dekad – malahan dahulu, keadaannya lebih teruk lagi.

Terkilan dengan keadaan jalan di situ, beliau mengambil keputusan untuk merakam video dan berkongsi rakaman itu untuk tatapan umum sebagai kesedaran.

Macam mana dalam Malaysia masih ada lagi kampung yang jalannya macam ni. Saya ‘cannot brain’ lah masih ada jalan macam ini. Tolonglah tengok, macam manalah masyarakat dekat sini, bayangkan nak ikut jalan macam ni. Saya tak dapat fikir lah! Ya Allah!”

katanya.

Beliau juga berkata jalan teruk itu adalah satu-satunya jalan untuk pergi ke pekan terdekat iaitu pekan Pitas dan keadaan jalan itu lebih teruk semasa musim hujan.

Bertahun Belum Dinaik Taraf, Penceramah Motivasi Terkenal Terkilan Dengan Keadaan Jalan Yang Teruk Di Sabah
Kredit foto: FB Sabah Info

Tambahnya lagi, beliau terkilan dengan keadaan jalan masih belum dinaik taraf meskipun topik ‘pembangunan’ kerap diperkatakan dalam kalangan masyarakat Malaysia, terumanya daripada kalangan pemimpin.

Buka lah mata, bantu lah! Kita cerita pembangunan sana sini, kita cerita tentang negara maju, kita cerita apa lagi? Tapi ni macam mana ni? Ni satu-satunya jalan nak masuk ke kampung ni. Ini naik 4 wheel pun dah rasa teruk ni!”

tambahnya lagi.

Beliau juga menggesa pihak yang sepatutnya untuk membuat sesuatu bagi membantu mereka yang terjejas akibat keadaan jalan teruk tersebut.

Kepada pihak-pihak berkenaan, tolonglah buka mata. Seolah-olah penduduk yang ada kat dalam ni, yang ada dekat 900 keluarga ni seolah-olah dipinggirkan. Tolong lah ambil perhatian,”

ulasnya lagi.
Bertahun Belum Dinaik Taraf, Penceramah Motivasi Terkenal Terkilan Dengan Keadaan Jalan Yang Teruk Di Sabah
Kredit foto: FB Sabah Info

Anda boleh lihat penuh di bawah:

Kredit video: FB Syamsul Debat

Sampai bila penduduk Sabah perlu menghadap ni?

Rata-rata netizen bersimpati dengan penduduk Sabah, terutamanya penduduk Kampung Telaga yang terpaksa menghadap jalan ini setiap hari.

Memetik dari ruangan komen Sabah Info di Facebook, kebanyakkan penduduk Sabah sudah seolah-olah give up dengan penambahbaikan infrastruktur di Sabah – menunjukkan mereka sudah tawar hati dengan keadaan ini.

Bertahun Belum Dinaik Taraf, Penceramah Motivasi Terkenal Terkilan Dengan Keadaan Jalan Yang Teruk Di Sabah
Kredit foto: FB Sabah Info
Bertahun Belum Dinaik Taraf, Penceramah Motivasi Terkenal Terkilan Dengan Keadaan Jalan Yang Teruk Di Sabah
Kredit foto: FB Sabah Info
Bertahun Belum Dinaik Taraf, Penceramah Motivasi Terkenal Terkilan Dengan Keadaan Jalan Yang Teruk Di Sabah
Kredit foto: FB Sabah Info
Bertahun Belum Dinaik Taraf, Penceramah Motivasi Terkenal Terkilan Dengan Keadaan Jalan Yang Teruk Di Sabah
Kredit foto: FB Sabah Info

Namun terdapat juga yang menghargai usaha Tuan Syamsul Debat yang cuba memberi kesedaran tentang keadaan jalan raya di Sabah.

Antaranya seperti:

Bertahun Belum Dinaik Taraf, Penceramah Motivasi Terkenal Terkilan Dengan Keadaan Jalan Yang Teruk Di Sabah
Kredit foto: FB Sabah Info
Bertahun Belum Dinaik Taraf, Penceramah Motivasi Terkenal Terkilan Dengan Keadaan Jalan Yang Teruk Di Sabah
Kredit foto: FB Sabah Info

Sampai bila penduduk Sabah perlu melalui keadaan jalan seperti ini? Kenapa pihak yang sepatutnya belum bertindak sehingga sekarang?

Jangan sampai berlakunya ancaman nyawa baru nak bertindak.

Sebelum ini, keadaan jalan yang teruk di salah satu kawasan pedalaman ditunjukkan oleh seorang guru di TikTok:

Ini pula lagi sadis:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cawangan Pertama Di Borneo, Pelawak Shuib Sepahtu Bagi Teaser BubbleBee Di Sarawak Cawangan Pertama Di Borneo, Pelawak Shuib Sepahtu Bagi Teaser BubbleBee Di Sarawak
Next Article Pelbagai Pakej Pelancongan Menarik Ditawarkan, Kempen Sia Sitok Sarawak Bermula September Ini

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?