• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dah 2022 Tapi Jalan Masih Becak Dan Berlumpur, Situasi Guru Di Sabah Ini Raih Perhatian Netizen

Oleh
Nazihah AN
18 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Dah 2022 Tapi Jalan Masih Becak Dan Berlumpur, Situasi Guru Di Pedalaman Sabah Ini Raih Perhatian Netizen

Sedih bila tengok keadaan jalan di kawasan pedalaman Sabah

Dah 2022 Tapi Jalan Masih Becak Dan Berlumpur, Situasi Guru Di Sabah Ini Raih Perhatian Netizen. Menjadi tenaga pengajar bukanlah semudah yang kita sangkakan. Tugas menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik sememangnya berat.

Sebagai seorang pendidik, setiap dari mereka akan memastikan pelajar-pelajarnya mendapat kemudahan pendidikan dan ilmu. Malah, guru juga sanggup redah jalan yang berlumpur untuk memastikan pelajar pedalaman tidak tercicir dalam pelajaran.

Dah 2022 Tapi Jalan Masih Becak Dan Berlumpur, Situasi Guru Di Sabah Ini Raih Perhatian Netizen
Sumber gambar: Twitter @RajaMohdShahrim

Baru-baru ini telah tular satu perkongsian di laman Twitter milik @RajaMohdShahrim, dilihat seorang individu menaiki motorsikal dalam keadaan berlumpur di atas jalan dengan kapsyen:

Ni kalo Mahdzir Khalid tengok gambar ni, terus dia balik dari London…mesti dia terkejut sengsaranya cikgu nak ke sekolah dipendalaman Sabah..”

Ni kalo Mahdzir Khalid tengok gambar ni, terus dia balik dari London…mesti dia terkejut sengsaranya cikgu nak ke sekolah dipendalaman Sabah.. pic.twitter.com/OPiad84l4r

— BULETIN RMS (@RajaMohdShahrim) June 15, 2022

“Harap kerajaan usahakan lah jalan ini. Jangan hanya tahu main politik saja,” – Netizen

Perkongsian tersebut telah meraih sebanyak 8.4K tanda suka dan 6.3K ulang ciapan di laman Twitter. Netizen lantas meluahkan rasa kasihan dan berterima kasih atas pengorbanan guru yang sanggup meredah jalan berlumpur demi mengajar anak muridnya.

Tidak hanya itu, netizen turut menggesa agar pihak berkuasa segera untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi jalan yang berlumpur. Rata-rata pengguna Twitter merasa bengang dengan kerajaan yang masih tidak membantu untuk memperbaiki jalan tersebut.

Sebelum ini juga telah tular satu perkongsian di laman Twitter milik Warrence M, menunjukkan seorang lagi guru terjatuh dari motorsikal semasa perjalanan ke sekolah pedalaman di Sabah. Keadaan jalan tersebut juga sangat membimbangkan dan membahayakan kepada sesiapa sahaja.

Berikut ialah komen netizen di perkongsian laman Twitter tersebut:

Dah 2022 Tapi Jalan Masih Becak Dan Berlumpur, Situasi Guru Di Sabah Ini Raih Perhatian Netizen
Dah 2022 Tapi Jalan Masih Becak Dan Berlumpur, Situasi Guru Di Sabah Ini Raih Perhatian Netizen
Dah 2022 Tapi Jalan Masih Becak Dan Berlumpur, Situasi Guru Di Sabah Ini Raih Perhatian Netizen
Dah 2022 Tapi Jalan Masih Becak Dan Berlumpur, Situasi Guru Di Sabah Ini Raih Perhatian Netizen
Dah 2022 Tapi Jalan Masih Becak Dan Berlumpur, Situasi Guru Di Sabah Ini Raih Perhatian Netizen
Dah 2022 Tapi Jalan Masih Becak Dan Berlumpur, Situasi Guru Di Sabah Ini Raih Perhatian Netizen

Datu Dr Adi Badiozaman Tuah telah dinobatkan sebagai ‘Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2022’. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sushi, Dim Sum, Udang Dan Ketam Segar! Makan Sampai Puas Hati Di Hi Hotpot Buffet Kuching
Next Article Tahniah! Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo, Sekolah Ketiga Tahanan Juvana Terbaik SPM Di Malaysia Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo, Sekolah Ketiga Tahanan Juvana Terbaik SPM Di Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?