• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Teruknya Jalan,’ Guru Ini Kongsi Laluan Ke Sekolah Di Sabah Hingga Raih Simpati Netizen

Oleh
Aina Musa
14 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
'Teruknya Jalan,' Guru Ini Kongsi Laluan Ke Sekolah Di Sabah Hingga Raih Simpati Netizen

Keadaan jalan yang berbukit dan lecak

‘Teruknya Jalan,’ Guru Ini Kongsi Laluan Ke Sekolah Di Sabah Hingga Raih Simpati Netizen. Demi menjalankan tugas mendidik anak bangsa, seorang guru sanggup melakukan apa sahaja termasuk meredah laluan yang bertanah dan berlecak.

Terbaharu, seorang guru yang mengajar di salah sebuah sekolah di pedalaman Sabah telah berkongsi satu video menerusi akaun Tiktok beliau mengenai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh beliau dan rakan-rakannya yang lain.

'Teruknya Jalan,' Guru Ini Kongsi Laluan Ke Sekolah Di Sabah Hingga Raih Simpati Netizen
‘Teruknya Jalan,’ Guru Ini Kongsi Laluan Ke Sekolah Di Sabah Hingga Raih Simpati Netizen

Terpaksa melalui jalan yang berlumpur dan bertanah

Dalam video tersebut, yang sudah ditonton sebanyak 65.6k kali pada masa penulisan, sebuah kenderaan 4×4 dilihat cuba menaik bukit dengan bersungguh-sungguh tetapi mengalami kesukaran akibat keadaan jalan yang teruk.

Mereka terpaksa melalui ‘jalan’ yang berlumpur dan bertanah untuk ke tempat mereka mengajar yang difahamkan terletak di bahagian pedalaman di Kota Marudu, Sabah.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah:

Kredit video: Tiktok Nellydut89

Penumpang terpaksa turun dari kenderaan

Berdasarkan video yang dikongsi beliau, dilihat beberapa penumpang telah diarahkan untuk turun dari kenderaan pacuan 4 roda tersebut bagi memberi ruang kepada kereta itu menaiki jalan yang berbukit itu.

Difahamkan, mereka telah menggunakan pelbagai cara bagi memastikan kenderaan itu berjaya menaiki bukit tersebut untuk ke meneruskan perjalanan ke sekolah mereka.

Kegigihan sekumpulan guru yang berusaha meneruskan perjalanan mereka walaupun jalan tersebut tidak ditar serta berbukit dan bertanah semata-mata telah mengundang simpati pengguna Tiktok yang lain.

'Teruknya Jalan,' Guru Ini Kongsi Laluan Ke Sekolah Di Sabah Hingga Raih Simpati Netizen
Kredit foto; Tiktok Nellydut89

Undang simpati netizen

Pelbagai reaksi telah dilontarkan oleh netizen menerusi ruangan komen dalam video tersebut.

Antaranya, ada yang memberi reaksi positif dengan memuji tindakan sekumpulan guru ini yang sanggup berkorban demi menjalankan amanah yang diberi.

'Teruknya Jalan,' Guru Ini Kongsi Laluan Ke Sekolah Di Sabah Hingga Raih Simpati Netizen
Kredit Foto: Tiktok Nellydut89

Selain itu, ada juga sebahagian netizen memberi cadangan tentang cara-cara menaiki bukit tersebut menggunakan pacuan empat roda.

Antaranya seperti:

'Teruknya Jalan,' Guru Ini Kongsi Laluan Ke Sekolah Di Sabah Hingga Raih Simpati Netizen
Kredit Foto: Tiktok Nellydut89
'Teruknya Jalan,' Guru Ini Kongsi Laluan Ke Sekolah Di Sabah Hingga Raih Simpati Netizen
Kredit Foto: Tiktok Nellydut89

Namun, ada juga sebahagian komen yang turut mendapat perhatian.

Perkara sebegini bukan sahaja berlaku di pedalaman Sabah tetapi turut berlaku di semenanjung.

'Teruknya Jalan,' Guru Ini Kongsi Laluan Ke Sekolah Di Sabah Hingga Raih Simpati Netizen
Kredit Foto: Tiktok Nellydut89

Terima kasih kepada guru-guru ini kerana sanggup bergadai nyawa demi mendidik anak-anak murid di kawasan pedalaman. Semoga jasa mereka mendapat balasan yang setimpal di dunia akhirat. 

Sementara itu, diharapkan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab mengambil tindakan untuk membaiki jalan agar orang lain boleh menggunakan jalan itu dengan selamat kerana ia menimbulkan bahaya keselamatan.

Baca lagi berkenaan pengorbanan ‘unsung hero’ ini demi mendidik anak bangsa:

Dah 2022 Tapi Jalan Masih Becak Dan Berlumpur, Situasi Guru Di Sabah Ini Raih Perhatian Netizen
Berubah Jadi Spiderman, Cikgu Pedalaman Sarawak Ini Buat Kejutan Sambut Pelajar Ke Sekolah
SUMBER :Tiktok Nellydut89
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Elak Jadi Mangsa Sindiket Macau Scam, Ketahui 2 Aplikasi Ini Yang Boleh Bantu Anda Elak Jadi Mangsa Sindiket Macau Scam, Ketahui 2 Aplikasi Ini Yang Boleh Bantu Anda
Next Article Rentetan Kisah Buli Ada Unsur ‘Pemujaan’, Lelaki Ini Rungkai Kejanggalan Surat Untuk El

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?