• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bertengkar Gara-Gara Masalah Bekalan Air, Seorang Mati Dilibas Parang Di Kinabatangan

Oleh
Husna Hazmi
22 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kejadian berlaku akibat pertengkaran berkaitan masalah bekalan air.

Bertengkar Gara-Gara Masalah Bekalan Air, Seorang Mati Dilibas Parang Di Kinabatangan. Hanya kerana pertengkaran berkaitan masalah bekalan air antara dua rakan, salah seorang maut akibat dilibas dengan parang dalam satu kejadian di Ladang Malangking, Kinabatangan, Sabah pada Sabtu.

Isi Isi Penting
  • Kejadian berlaku akibat pertengkaran berkaitan masalah bekalan air.
  • Pergaduhan itu melibatkan dua pekerja ladang
  • Sebelum mangsa meninggal dunia, dia telah menceritakan tentang kejadian
  • Belum ada lagi sebarang tangkapan dilakukan

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dilibas dengan parang oleh suspek di bahagian perut hingga menyebabkan kecederaan parah.

Bertengkar Gara-Gara Masalah Bekalan Air, Seorang Mati Dilibas Parang Di Kinabatangan
Bertengkar Gara-Gara Masalah Bekalan Air, Seorang Mati Dilibas Parang Di Kinabatangan

Pergaduhan itu melibatkan dua pekerja ladang

Menurut Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail, pergaduhan itu melibatkan dua pekerja ladang yang masing-masing dalam lingkungan umur 30 tahun.

“Penduduk sekitar menyedari kejadian setelah mangsa berlari keluar daripada rumah dalam keadaaan berlumuran darah.

“Saksi-saksi sempat melihat suspek melarikan diri keluar dari pintu belakang rumah, namun tidak ada yang berani menahan suspek memandangkan suspek sedang memegang sebilah parang.

“Mangsa sempat dikejarkan ke Hospital Kinabatangan oleh pekerja ladang. Walau bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan jam 10 malam,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Bertengkar Gara-Gara Masalah Bekalan Air, Seorang Mati Dilibas Parang Di Kinabatangan

Sebelum mangsa meninggal dunia, dia telah menceritakan tentang kejadian

Menurut beliau juga, sebelum mangsa meninggal dunia, dia telah menceritakan tentang kejadian itu kepada seorang saksi yang membawa mangsa ke hospital.

“Punca kejadian pergaduhan berlaku adalah disebabkan salah faham suspek dengan mangsa berkaitan penggunaan air di rumah.

“Mangsa dikatakan sering membazir air. Isu ini timbul kerana kawasan perumahan itu sering mengalami masalah bekalan air.

“Suspek dan mangsa tinggal bersama dan telah bekerja lebih kurang lima bulan di ladang tersebut,” katanya.

Bertengkar Gara-Gara Masalah Bekalan Air, Seorang Mati Dilibas Parang Di Kinabatangan

Belum ada lagi sebarang tangkapan dilakukan

Menurutnya, setakat ini belum ada lagi sebarang tangkapan dilakukan.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dengan dibantu oleh Unit K9 IPD Lahad Datu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujar Dzulbaharin.

Kepada orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Richarles Edward di talian 089-561890 atau 014-3217050 untuk membantu siasatan,” katanya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Remaja 15 Tahun Yang Menjadi Tebusan Militan Abu Sayyaf Berjaya Diselamatkan
Next Article Malaysia Airlines Perkenal Satay Ikonik Yang Boleh Dipesan Dari Rumah Sahaja

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?