• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Malaysia Airlines Perkenal Satay Ikonik Yang Boleh Dipesan Dari Rumah Sahaja

Oleh
Ismail NA
22 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Tak dapat makan satay MAS? Sekarang dah boleh pesan dari rumah saja!

Malaysia Airlines Perkenal Satay Ikonik Yang Boleh Dipesan Dari Rumah Sahaja. Bagi sesiapa yang sering menaiki pesawat Malaysia Airlines dan meminati makanan yang mereka hidangkan semasa dalam pesawat, anda tidak perlu risau kerana sekarang anda sudah boleh menikmati satay ikonik MAS hanya dari rumah sahaja!

Hidangan satay yang diberi nama MHsatay ini bakal tiba di rumah anda pada bila-bila masa sahaja sekiranya anda menempah melalui platform pembelian dalam talian MAS di pautan temptations.malaysiaairlines.com.

MHsatay tawar satay ayam dan daging yang menyelerakan

MHsatay yang diperkenalkan oleh Malaysia Airlines ini didatangkan dalam 2 jenis iaitu satay ayam dan satay daging. Kedua-duanya dipanggang sehingga menghasilkan bau panggang atau smokey yang menyelerakan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmatinya bersama kuah kacang yang lazat dan enak.

Malaysia Airlines Perkenal Satay Ikonik Yang Boleh Dipesan Dari Rumah Sahaja
Malaysia Airlines Perkenal Satay Ikonik Yang Boleh Dipesan Dari Rumah Sahaja

Set menu satay MHsatay ini tersedia dalam satu set yang mengandungi 6 cucuk satay sama ada satay daging atau ayam, sekali dengan kuah kacang asli. Harga yang ditawarkan pula adalah sekitar RM 26.00 (untuk satay ayam) dan RM 26 (untuk satay daging).

Untuk penghantaran pula, cas yang dikenakan adalah dalam lingkungan RM 8 dan ke atas.

Malaysia Airlines Perkenal Satay Ikonik Yang Boleh Dipesan Dari Rumah Sahaja

Menariknya, penghantaran satay ini bukan sahaja di dalam Malaysia tetapi boleh juga dipesan walaupun anda berada di mana-mana negara di seluruh dunia! Wahh!

Malaysia Airlines Perkenal Satay Ikonik Yang Boleh Dipesan Dari Rumah Sahaja

Tetapi mungkin sedikit tidak berbaloi jika anda pesan dalam kuantiti yang sedikit. Tapi kalau nak merasa makanan Malaysia sebab dah lama tak balik tanah air, boleh je beli kan?

Boleh juga dapatkan cenderamata

Selain daripada satay MHsatay ini, syarikat penerbangan nasional ini turut menawarkan makanan ikonik yang lain seperti kacang tanah masin, serta barangan cenderamata berupa patung Barbie yang berpakaian batik MAS, pakaian Orang Ulu Sarawak dan pakaian tradisional Sabah. Patung ini dihasilkan sendiri oleh pramugara MAS yang berasal dari Sarawak iaitu Wesley Hilton.

Untuk maklumat lanjut mengenai barangan yang dijual di kedai dalam talian Malaysia Airlines ini, layari pautan temptations.malaysiaairlines.com.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan tentang patung Barbie yang dihasilkan oleh Wesley Hilton :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bertengkar Gara-Gara Masalah Bekalan Air, Seorang Mati Dilibas Parang Di Kinabatangan
Next Article Kereta Tidak Bergerak Ketika PKPB, Ketahui 7 Langkah Untuk Menjaga Kereta Anda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?