• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Remaja 15 Tahun Yang Menjadi Tebusan Militan Abu Sayyaf Berjaya Diselamatkan

Oleh
Ismail NA
22 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Remaja tersebut dilaporkan ‘hilang’ semasa dipindahkan oleh Abu Sayyaf.

Remaja 15 Tahun Yang Menjadi Tebusan Militan Abu Sayyaf Berjaya Diselamatkan. Ancaman kumpulan Abu Sayyaf ini masih belum ada penghujungnya. Namun, sekurang-kurangnya ini adalah khabar yang melegakan daripada pihak berkuasa apabila salah seorang tebusan kumpulan militan ini akhirnya diselamatkan.

Isi Isi Penting
  • Remaja tersebut dilaporkan ‘hilang’ semasa dipindahkan oleh Abu Sayyaf.
  • Kumpulan nelayan ditemui selamat di Pulau Tawi-Tawi
  • Bot dinaiki karam semasa proses pemindahan dari Indanan Sulu
  • Baca juga artikel tentang Abu Sayyaf yang pernah kami terbitkan di sini :

Tebusan yang berjaya diselamatkan itu adalah seorang remaja berusia 15 tahun yang diculik oleh kumpulan tersebut di Tambisan, Lahad Datu, Sabah tahun lalu. Mohd Khairuidin, diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina di Tawi-Tawi sekitar jam 6.30 pagi semalam.

Komander Wilayah Barat Mindanao Leftenan Jenderal Corleto Vinluan Jr. memberitahu bahawa pasukan keselamatan Filipina menyelamatkan mangsa semasa operasi ketenteraan di Languyan, Tawi-Tawi, Filipina.

Remaja 15 Tahun Yang Menjadi Tebusan Militan Abu Sayyaf Berjaya Diselamatkan
Remaja 15 Tahun Yang Menjadi Tebusan Militan Abu Sayyaf Berjaya Diselamatkan
Sumber : Berita Harian

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, mangsa yang berusia 15 tahun tersebut merupakan mangsa terakhir daripada kumpulan nelayan yang diculik pada tahun lalu. 3 rakan kumpulannya telah ditemui selamat empat hari yang lalu.

Kumpulan nelayan ditemui selamat di Pulau Tawi-Tawi

Tiga rakan kumpulannya yang turut ditemui di Pulau Tawi-Tawi dan selamat tersebut adalah Arizal Kasta Miran, 30, Arsad Dahlan, 41, dan Andi Riswanto Hayano, 26. Kesemua mereka merupakan warganegara Indonesia yang berasal dari Wakatobi, Tenggara Sulawesi.

Sementara itu, Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu yang dihubungi mengesahkan sudah menerima maklumat pembebasan warganya daripada kumpulan Abu Sayyaf di Filipina. Namun demikian, Ketua KJRI Kota Kinabalu Krishna Djelani berkata maklumat terkini berkenaan mangsa culik dari perairan Tambisan, Lahad Datu pada Januari tahun lalu masih belum dapat diperolehi.

Bot dinaiki karam semasa proses pemindahan dari Indanan Sulu

Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia pula mengesahkan dalam suatu kenyataan rasmi bahawa keempat-empat mangsa culik tersebut menaiki bot yang sama dan cuba dipindahkan dari Indanan Sulu ke lokasi lain yang dirasakan oleh Abu Sayyaf lebih selamat berikutan operasi pasukan keselamatan Filipina. Walau bagaimanapun, bot yang mereka naiki karam akibat dipukul ombak. Tiga mangsa ditemui selepas kejadian bot karam oleh polis marin Stesen Tandibas Tawi-Tawi manakala Khairuidin dilaporkan hilang.

Kementerian Indonesia juga memberitahu bahawa keempat-empat mangsa dalam keadaan sihat dan selamat serta akan dibawa ke Zamboanga, sebelum diterbangkan ke Manila untuk proses penghantaran ke Indonesia.

Baca juga artikel tentang Abu Sayyaf yang pernah kami terbitkan di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cipta Sejarah Membanggakan, Filem Dayak Ini Diiktiraf Di Peringkat Antarabangsa
Next Article Bertengkar Gara-Gara Masalah Bekalan Air, Seorang Mati Dilibas Parang Di Kinabatangan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?