• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Bertrand, Pembawa Jalur Gemilang Dari Sarawak Ke Pentas Olimpik Paris

Oleh
Aina Musa
3 Julai 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Kenali Bertrand, Pembawa Jalur Gemilang Dari Sarawak Ke Pentas Olimpik Paris

Betrand, penerjun negara kelahiran Sarawak

Kenali Bertrand, Pembawa Jalur Gemilang Dari Sarawak Ke Pentas Olimpik Paris. Dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang di Sukan Olimpik 2024 telah menyemarakkan semangat penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises, untuk memberikan persembahan cemerlang di Paris.

Walaupun ini merupakan penampilan sulungnya di temasya sukan terbesar dunia itu, atlet berusia 19 tahun ini bertekad untuk mencapai kedudukan terbaik dalam acara terjun di Pusat Akuatik Saint Denis.

Kenali Bertrand, Pembawa Jalur Gemilang Dari Sarawak Ke Pentas Olimpik Paris
Kenali Bertrand, Pembawa Jalur Gemilang Dari Sarawak Ke Pentas Olimpik Paris. Sumber: Tatler Asia

“Memang menjadi impian saya untuk mara ke pusingan akhir, dan jika semuanya berjalan lancar, saya berharap untuk menamatkan pertandingan di kedudukan enam terbaik,” katanya kepada Bernama.

Pemuda kelahiran Sarawak yang kini berlatih di Australia ini berkata, dia tidak terkejut apabila dipilih sebagai pembawa bendera pada majlis pembukaan.

Bertrand mengakui dia bersedia untuk menjadi tumpuan perhatian dan memimpin kontinjen negara pada perarakan atlet di Paris.

“Saya menjangka perkara ini boleh berlaku kerana acara terjun adalah antara yang pertama dipertandingkan di Paris,” katanya.

Sukan Olimpik 2024 akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos, dengan acara terjun dijadualkan dari 27 Julai hingga 10 Ogos.

Dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang

Semalam, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan Bertrand dan atlet pelayaran Nur Shazrin Mohamad Latif sebagai pembawa bendera negara pada temasya sukan terbesar dunia itu.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, berkata kedua-dua atlet ini mewakili anggota kontinjen Malaysia yang terdiri daripada mereka yang buat kali pertama menyertai Olimpik dan atlet yang telah beberapa kali layak ke temasya itu.

Kenali Bertrand, Pembawa Jalur Gemilang Dari Sarawak Ke Pentas Olimpik Paris

“Bertrand dipilih kerana ini merupakan penampilan pertamanya di Olimpik, manakala Nur Shazrin pula seorang atlet berpengalaman yang akan membuat penampilan ketiganya. Di samping meraikan masa depan, kita juga menghargai masa kini,” kata Mohamad Norza.

Bertrand adalah anak Sarawak keempat yang diberi penghormatan untuk membawa Jalur Gemilang di pentas Olimpik, selepas atlet olahraga Kuda Ditta (Rome 1960), penerjun Bryan nickson Lomas (Athens 2004) dan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong di London pada edisi 2012.

Nur Shazrin pula merupakan pelayar pertama yang diberi penghormatan untuk membawa bendera Malaysia pada upacara pembukaan Olimpik.

Persiapan Bertrand untuk Olimpik

Majlis pembukaan Sukan Olimpik 2024 dijadualkan berlangsung di Sungai Seine dengan para atlet menaiki bot menyusuri sungai tersebut.

Perarakan menaiki bot sejauh enam kilometer itu akan berakhir di Trocadéro di mana protokol Olimpik dan pertunjukan seterusnya akan diadakan.

Dalam pada itu, Bertrand berkata latihannya di Australia berjalan lancar setakat ini dan dia bersyukur berpeluang untuk berlatih dengan para penerjun negara di sana yang ramah.

Pemenang gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 itu berkata dia tidak sabar untuk mengikuti persiapan terakhir di United Kingdom bermula 9 Julai ini sebelum beraksi di Paris 2024.

Bertrand merupakan atlet negara pertama yang menempah slot secara merit ke Paris selepas menduduki tempat ke-10 acara 10 meter platform pada Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun tahun lepas.

Baca lagi artikel menarik:

Duo ‘Bujang Sarawak’, Bertrand-Enrique Sumbang Gangsa Terjun 10 Meter Di China
Anak Muda Sarawak Ini Jadi Atlet Malaysia Pertama Layak Ke Olimpik Paris 2024

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Qahirah, Anak Bisaya Pertama Wakili Malaysia Di Kejohanan Dunia Seni Persembahan Di Amerika Syarikat
Next Article Projek 'Steel Steady' Milik Pelajar KV Keningau Menang Anugerah Emas Peringkat Kebangsaan Projek ‘Steel Steady’ Milik Pelajar KV Keningau Menang Anugerah Emas Peringkat Kebangsaan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?