• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Projek ‘Steel Steady’ Milik Pelajar KV Keningau Menang Anugerah Emas Peringkat Kebangsaan

Oleh
Nazihah AN
3 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Projek 'Steel Steady' Milik Pelajar KV Keningau Menang Anugerah Emas Peringkat Kebangsaan

Projek ‘Steel Steady’ Raih Anugerah Emas di SULAM Innovate Showcase Symposium 2024

Sepasukan pelajar tahun akhir dari program Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional (KV) Keningau telah menerima anugerah emas atas projek komuniti yang dinamakan ‘Steel Steady’ melalui acara dalam talian SULAM Innovate Showcase Symposium anjuran Universiti Malaysia Kelantan.

Senarai penerima anugerah diumumkan secara langsung pada 2 Julai 2024 semasa majlis penutupan simposium tersebut dan pasukan ini berjaya meraih tahap anugerah tertinggi iaitu anugerah Emas dalam kategori projek komuniti.

Projek ‘Steel Steady’ Milik Pelajar KV Keningau Menang Anugerah Emas Peringkat Kebangsaan

Pasukan ini terdiri daripada lima pelajar iaitu Mike Edwin, Felix Alejandro, Brandon Alvin, Mohd Dazniel dan Pezzley Jerrexter yang telah melaksanakan projek komuniti ini di Sekolah Rendah Kampung Keningau yang melibatkan kerja-kerja penambahbaikan dan pemulihan. Memandangkan mereka adalah pakar dalam bidang kimpalan yang melibatkan bahan-bahan berunsurkan besi, fokus projek komuniti ini adalah membaiki, mengganti dan merawat pagar, pintu gril dan susur tangan serta sebarang perabot dan bahagian bangunan yang diperbuat daripada logam. Memandangkan bahan yang diperbuat daripada besi mudah berkarat dan menjadi rapuh, ianya boleh membahayakan mereka yang menggunakan bangunan tersebut. Justeru itu, projek ini diwujudkan untuk meningkatkan keselamatan bangunan serta mengekalkan aspek estetika bangunan tersebut.

Ketua pasukan ini, Mike Edwin, menyatakan rasa gembira dengan pengiktirafan yang diterima oleh projek ini memandangkan khidmat komuniti sebegini harus dijadikan amalan bagi pelajar-pelajar jurusan vokasional agar mereka dapat menimba pengalaman yang lebih praktikal dan luas. Pengarah KV Keningau, Nordin bin Akup, mengucapkan tahniah kepada pasukan ini dan berharap agar projek komuniti sebegini dijadikan sebagai aktiviti sepanjang tahun kerana ianya mampu mendedahkan pelajar kepada konsep keusahawanan sosial dan meningkatkan potensi mereka untuk berbakti kepada masyarakat melalui kemahiran yang mereka pelajari.

Video pembentangan mereka berkenaan dengan projek ini boleh diakses melalui pautan YouTube di sini.

Pautan Facebook siaran langsung majlis: di sini.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Kenali Bertrand, Pembawa Jalur Gemilang Dari Sarawak Ke Pentas Olimpik Paris
Qahirah, Anak Bisaya Pertama Wakili Malaysia Di Kejohanan Dunia Seni Persembahan Di Amerika Syarikat

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Bertrand, Pembawa Jalur Gemilang Dari Sarawak Ke Pentas Olimpik Paris Kenali Bertrand, Pembawa Jalur Gemilang Dari Sarawak Ke Pentas Olimpik Paris
Next Article Sarawak Cadang Bakal Tubuh Pusat AI Pertama Untuk Lonjak Ekonomi Negeri Sarawak Cadang Bakal Tubuh Pusat AI Pertama Untuk Lonjak Ekonomi Negeri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?