• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bihun Belacan Pikat Hati ‘Chu Bro’, Review Jujur Youtuber Korea Ini Tarik Perhatian Netizen Sarawak

Oleh
Aina Musa
7 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Bihun Belacan Pikat Hati 'Chu Bro', Review Jujur Youtuber Korea Ini Tarik Perhatian Netizen Sarawak

Youtuber terkenal dari Korea cuba makanan lokal Sarawak

Bihun Belacan Pikat Hati ‘Chu Bro’, Review Jujur Youtuber Korea Ini Tarik Perhatian Netizen Sarawak. Jika anda seorang penonton setia video review makanan di YouTube, nama YouTuber Chu Bro mungkin tidak asing bagi anda yang pernah menonton video ulasannya mengenai makanan sebelum ini.

Berasal dari Korea Selatan dan sekarang menetap di Malaysia, personaliti Chu yang lucu dan menghiburkan saat mengulas makanan tempatan kini semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Menariknya mengenai review beliau pada kali ini, beliau sanggup ke Sarawak demi mencuba beberapa makanan autentik dari Sarawak.

Untuk video sebelum ini beliau telah mencuba mi kolok dan berjaya menghabiskan dua mangkuk mi kolok dalam video tersebut.

Bihun Belacan Pikat Hati 'Chu Bro', Review Jujur Youtuber Korea Ini Tarik Perhatian Netizen Sarawak
Bihun Belacan Pikat Hati ‘Chu Bro’, Review Jujur Youtuber Korea Ini Tarik Perhatian Netizen Sarawak. Sumber: Youtube Chu Bro

Review kali ini pula, beliau telah ke Swee Kang Ais Kacang yang terletak di Jalan Haji Taha, Kuching. Lokasi ini sangat terkenal dalam kalangan warga tempatan untuk menikmati juadah minum petang yang enak.

Bihun belacan pikat hati Chu Bro

Untuk review tersebut, Chu Bro telah memesan bihun belacan, sotong kangkung, cucur udang dan semestinya ais batu campur (ABC) yang popular di situ.

Pada awal video, beliau memulakan reviewnya dengan menikmati semangkuk bihun belacan. Pada awalnya, beliau hairan dengan hidangan bihun tersebut yang dihidangkan dengan telur berwarna hitam.

Bihun Belacan Pikat Hati 'Chu Bro', Review Jujur Youtuber Korea Ini Tarik Perhatian Netizen Sarawak

Telur yang dimaksudnya sebenarnya adalah telur padi ataupun century egg yang menjadi salah satu bahan wajib dalam bihun belacan.

Beliau menyangka telur tersebut adalah jeli kerana teksturnya yang lembut seakan-akan jeli. Menariknya, beliau dilihat sangat menikmati hidangan bihun belacan ini walaupun baru pertama kali mencubanya sehingga berulang kali menyebut ‘sedap’ dalam video tersebut.

Seterusnya, beliau juga tidak ketinggalan mencuba kudapan popular rakyat Sarawak untuk minum petang iaitu cucur udang dan rojak sotong kangkung.

Kerangupan dari cucur udang dengan kombinasi sos cili berkacang membuatkan beliau jatuh hati buat kali kedua dengan makanan Sarawak.

Begitu juga dengan hidangan sotong kangkung dengan ABC yang dipesannya.

Akui makanan dari Sarawak enak dan sedap

Sesi review makanan berakir dengan Chu Bro mengakui beliau ‘terpaksa’ menjerit ‘SEDAPPPPP’ di dalam kedai tersebut kerana terlalu menikmati makanan yang dipesan.

Bihun Belacan Pikat Hati 'Chu Bro', Review Jujur Youtuber Korea Ini Tarik Perhatian Netizen Sarawak

Tidak segan dengan pelanggan yang lain, beliau selamba melaung ‘sedapppppp’ hingga pelanggan yang lain terhibur dengan gelagat beliau.

Selepas menikmati ke semua hidangan tersebut, beliau menambah terasa seperti berada di tanah airnya sendiri kerana hidangan yang dipesannya persis hidangan yang terdapat di Korea.

Baca lagi artikel menarik:

2 Mangkuk Habis, Youtuber Dari Korea Ini Kagum Dengan Keenakan Mi Kolo Di Sarawak
Habiskan Semangkuk Laksa Sarawak, Youtuber Dari UK Ini Akui Kelazatan ‘Breakfast Of The God’ Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Antara Anjing Paling 'Rare' Di Dunia, Kenali Anjing 'Telomian' Yang Juga Digelar Anjing Kampung Antara Anjing Paling ‘Rare’ Di Dunia, Kenali Anjing ‘Telomian’ Yang Juga Digelar Anjing Kampung
Next Article Fasa Pertama Bakal Siap Tahun Ini, Tular Gambar 'Sneak Peek' Hospital UNIMAS Di Samarahan Fasa Pertama Bakal Siap Tahun Ini, Tular Gambar ‘Sneak Peek’ Hospital UNIMAS Di Samarahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?