• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Habiskan Semangkuk Laksa Sarawak, Youtuber Dari UK Ini Akui Kelazatan ‘Breakfast Of The God’ Ini

Oleh
Aina Musa
22 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Habiskan Semangkuk Laksa Sarawak, Youtuber Dari UK Ini Akui Kelazatan 'Breakfast Of The God' Ini

‘Soooo good, it’s incredibly delicious’

Habiskan Semangkuk Laksa Sarawak, Youtuber Dari UK Ini Akui Kelazatan ‘Breakfast Of The God’ Ini. Mendiang chef selebriti Anthony Bourdain pernah menggelar laksa Sarawak sebagai ‘Breakfast of the Gods’ dan menampilkannya dalam Siri Asal CNN – “Anthony Bourdain Parts Unknown” serta “No Reservation”.

Gelaran ‘Breakfast of the Gods’ itu turut diakui oleh seorang lagi Youtuber terkenal dari UK iaitu Eli dalam saluran Youtubenya yang diberi nama ‘This Food Bangz’.

Habiskan Semangkuk Laksa Sarawak, Youtuber Dari UK Ini Akui Kelazatan 'Breakfast Of The God' Ini
Habiskan Semangkuk Laksa Sarawak, Youtuber Dari UK Ini Akui Kelazatan ‘Breakfast Of The God’ Ini. Kredit: This Food Bangz

Untuk episod kali itu, beliau telah melakukan penggambaran di Kuching dan mambuat satu vlog mengenai ‘tanggapan pertamanya berada di Kuching, Sarawak’.

Cuba pelbagai makanan lokal Sarawak

Dalam vlog yang berdurasi 25 minit itu, beliau telah mencuba beberapa makanan lokal Sarawak antaranya popiah basah, tebaloi, kek lapis Sarawak dan semestinya laksa Sarawak!

Habiskan Semangkuk Laksa Sarawak, Youtuber Dari UK Ini Akui Kelazatan 'Breakfast Of The God' Ini

Antara ‘review’ makanan yang menjadi tumpuan dalam video tersebut adalah reaksi beliau menikmati laksa Sarawak untuk kali pertama.

Beliau telah dibawa ke sebuah kopitiam terkenal dengan hidangan laksa Sarawak yang sedap dan lagend di Kuching iaitu Min Huat Kafe yang terletak berhadapan dengan Open Air Market.

Habiskan Semangkuk Laksa Sarawak, Youtuber Dari UK Ini Akui Kelazatan 'Breakfast Of The God' Ini

Menerusi video tersebut, dilihat beliau menikmati hidangan laksa Sarawak itu bermula dari suapan pertamanya sehingga ke suapan terakhir.

Untuk hidangan tersebut, beliau mencuba laksa Sarawak menggunakan mi kolo seperti yang disyorkan oleh pemandu pelancongnya.

Teruja dengan keenakan laksa Sarawak

Menariknya, beliau dilihat sangat kagum dengan kesedapan laksa Sarawak ini sehingga berulang kali memuji kelazatan daripada hidangan laksa Sarawak ini.

Habiskan Semangkuk Laksa Sarawak, Youtuber Dari UK Ini Akui Kelazatan 'Breakfast Of The God' Ini

Tambahnya, hidangan laksa Sarawak ini merupakan satu hidangan yang menarik disebabkan oleh kombinasi rasa pedas, berlemak dan manis.

Ketika menikmati hidangan tersebut, beliau mengakui pendapat mendiang chef selebriti Anthony Bourdain yang pernah menggelar laksa Sarawak sebagai ‘Breakfast of the Gods’.

Ini pula reaksi penonton

Setelah meninjau ke ruangan komen dilihat rata-rata netizen terharu dengan vlog yang dimuatnaik oleh Youtuber dari UK ini.

Masing-masing menzahirkan ucapan terima kasih kerana sudi menjadikan Kuching sebagai destinasi pelacongannya. Bukan itu sahaja, netizen juga dilhat teruja dengan perkongsian video ‘First impressions of Kuching, Sarawak’ oleh This Food Bangz ini.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang terkenang dengan kenangan lalu setelah menonton vlog daripada youtuber ini.

Menurut netizen, lokasi yang dilawati oleh Eli ini merupakan destinasi yang biasa dikunjungi oleh warga Kuching sejak dari kecil lagi.

Baca lagi artikel menarik di sini:

Balik Semula Ke Malaysia, Kini TikToker Mat Salleh Ini Terokai Keindahan Sabah Pula
Video Mat Salleh Makan Pisang Tanduk Di Waterfront Kuching Tular Sehingga Ke Luar Negara
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bertemakan Haiwan, Kunjungi MBKS Dan Meriahkan 'Lightfest In Borneo' Musim Cuti Sekolah Ini Bertemakan Haiwan, Kunjungi MBKS Dan Meriahkan ‘Lightfest In Borneo’ Musim Cuti Sekolah Ini
Next Article Umpama Kaum Yang 'Tidak Wujud', Lelaki Sino-Kadazan Ini Sedih Dipandang 'Tidak Cukup Cina' Umpama Kaum Yang ‘Tidak Wujud’, Lelaki Sino-Kadazan Ini Sedih Dipandang ‘Tidak Cukup Cina’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?