Bila check out tinggalkan bilik macam ini rupa, tak rasa bersalah ke?
Bilik Bersepah Seperti ‘Tongkang Pecah’, Individu Ini Dedah Perangai Pengunjung Di Sabah. Kalau korang jenis yang ada common sense, masa check-out mana-mana tempat penginapan mesti lihat sekeliling untuk lihat bilik yang kita guna tidak bersepah.
Walau tak mampu rapi dan teratur seperti waktu kita masuk untuk check-in, tetapi sekurang-kurangnya kita bantu ringankan kerja mereka. Kalau bilik kita bersepah selepas kita guna, secara tidak langsung ia menggambarkan sikap dan keperibadian kita.
Bukan sahaja lambat check-out, bilik dan dapur pun disepahkan seperti sarang tikus.
Tular semalam individu di Sabah ini telah dedah perangai pengunjung di salah sebuah staycation di Sabah ini telah meninggalkan keadaan tempat penginapan dalam keadaan yang sangat bersepah.
Menerusi perkongsian di Facebook milik Siti Aisyah telah dedahkan sikap pengunjungnya yang agak keterlaluan terhadap pemilik staycation tersebut. Bukan sahaja lambat check-out, bilik dan dapur pun disepahkan seperti sarang tikus.
Pengunjung tersebut terus melabel pemilik tersebut sebagai kurang ajar.
Guna alasan ‘lambat check-in’, pengunjung tersebut malah meminta untuk memberi masa lebih satu jam untuk check-out. Merasa rimas apabila diingatkan masa untuk check-out bilik, pengunjung tersebut terus melabel individu sebagai kurang ajar.
Gambar-gambar yang dikongsi dapat dilihat sikap pengunjung yang tidak bertanggungjawab dengan merosakkan barangan dan turut meninggalkan bilik tersebut dalam keadaan yang bersepah.
Dapat dilihat bahawa terdapat tumpahan air kopi di atas katil seolah-olah ia nampak ‘disengajakan’. Kulit kuaci juga dilihat bertaburan di atas lantai. Tidak hanya itu, pengunjung tersebut turut merosakkan remote TV sehingga tidak dapat digunakan lagi.
Pemilik tersebut sudah meminta bayaran ganti rugi untuk remote TV, tetapi jawapan pengunjung ini buat netizen bengang.
Saya tidak mahu (bayar ganti rugi). Sakit hati saya siapa mahu ganti? Staff kamu? Okey untuk jadi adil, sama-sama sakit hati laa hehe adil kan?”
Susah jugak eh kalau ada yang berperangai macam ni😅 Orang tu whatsapp bagus-bagus je, memang dah itu kerja dia untuk ingatkan pengunjung check-out pada masanya. Ambil pengajaran okay guys, tak baik buat orang lain macam tu.