I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Pukul Warga Asing Enggan Beli Mesin Penggiling, Didenda RM 1,500 Di Kuching

Oleh Husna Hazmi
18 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Jika gagal membayar denda, tertuduh akan dikenakan penjara 2 bulan.

Lelaki Pukul Warga Asing Enggan Beli Mesin Penggiling, Didenda RM 1,500 Di Kuching. Dilaporkan, seorang lelaki tempatan telah dijatuhkan hukuman denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Kuching, selepas mengaku bersalah mencederakan seorang lelaki pada awal bulan ini. 

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali juga menetapkan tertuduh, Arif Fadillah Meral, berusia 26 tahun untuk dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda. 

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang bekerja sendiri itu didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa dalam satu kejadian pada 4 Ogos lalu, sekitar jam 11.30 pagi di sebuah syarikat kitar semula di Jalan Stephen Yong, Jalan Batu Kawa Kuching.

Lelaki Pukul Warga Asing Enggan Beli Mesin Penggiling, Didenda RM 1,500 Di Kuching
Lelaki Pukul Warga Asing Enggan Beli Mesin Penggiling, Didenda RM 1,500 Di Kuching

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. 

Mengikut keterangan kes, tertuduh bersama dua rakannya hendak menjual sebuah mesin penggiling (grinder) kepada mangsa namun mangsa enggan membelinya kerana ia masih baharu.

Pada mulanya, tertuduh bersama rakan-rakannya meninggalkan pusat kitar semula itu dan tidak lama kemudian mereka datang semula sambil berkata ‘apa pandang-pandang’ terhadap mangsa.

Lelaki Pukul Warga Asing Enggan Beli Mesin Penggiling, Didenda RM 1,500 Di Kuching

Mangsa tercedera di bahagian kepala dan paha

Salah seorang daripada lelaki itu secara tiba-tiba bertindak ganas memukul bahagian belakang kanan kepala dan bahagian paha mangsa.

Mangsa mengalami kecederan bengkak di bahagian kepala dan paha dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak.

Laporan polis telah dibuat dan tertuduh telah ditangkap pada 13 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Baca lagi cerita terkini di sini:

Gara-gara Hidangkan ‘French Fries’ Sejuk, Pekerja McD Ditembak Mati Oleh Pelanggan
Penjaga Jam Di Amsterdam Tular Gara-Gara ‘Nasihat’ Lucu Orang Sarawak Ini
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Balik-Balik Kena Kasi Ingat, Rimas Betul' Pemilik Staycation Di Sabah Ini Dedah Perangai Pengunjung Bilik Bersepah Seperti ‘Tongkang Pecah’, Individu Ini Dedah Perangai Pengunjung Di Sabah
Next Article Kepada Peminat Blackpink, Blink Mengadakan Pink Venom Event Di Jambatan Darul Hana Kuching Kepada Peminat Blackpink, Blink Mengadakan Pink Venom Event Di Jambatan Darul Hana Kuching

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?