I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ikon Patriotik Negeri Sarawak, Kenali Allahyarham Pak Azahari Hamdan

Oleh Husna Hazmi
17 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Al-fatihah dibaca buat Allahyarham Pak Azahari Hamdan.

Ikon Patriotik Negeri Sarawak, Kenali Allahyarham Pak Azahari Hamdan. Dilahirkan pada 13 Mei 1957, Azahari Hamdan yang merupakan Ikon Patriotik di Sarawak telah menghembuskan nafas terakhirnya jam kira-kira 2.30 petang pada 16 Ogos 2022 di usia 65 tahun. Pemergiannya mengejutkan banyak pihak kerana orang ramai amat mengagumi semangat patriotisme yang dimilikinya.

Pada setiap tahun kita menyambut hari kemerdekaan negara, Allahyarham akan lengkap memperagakan pakaian bercorak bendera dan menghias motosikalnya dengan bendera Jalur Gemilang serta bendera negeri Sarawak. Setiap tahun pada bulan kemerdekaan, kita pasti akan melihat beliau menunggang motosikalnya di sekitar Bandaraya Kuching.

Dipetik daripada Utusan Borneo, sebab disebalik rasa cinta, semangat dan kesetiaan terhadap negara yang dimiliki beliau aadalah kerana beliau pernah merasai keperitan hidup semasa zaman pemberontakan komunis di Sarawak pada tahun 1962-1990.

Ikon Patriotik Negeri Sarawak, Kenali Allahyarham Pak Azahari Hamdan
Ikon Patriotik Negeri Sarawak, Kenali Allahyarham Pak Azahari Hamdan

Disemaikan dalam sanubari generasi pada hari ini

Allahyarham juga pernah berkata bahawa beliau ingin perasaan cintakan kemerdekaan dan semangat patriottisme ini disemaikan dalam sanubari generasi pada hari ini.

Mula menjadikan aktiviti menghias motosikalnya dengan bendera Jalur Gemilang dan bendera Sarawak pada tahun 2000, beliau sanggup membelanjakan wangnya sendiri untuk menghias kenderaanya itu.

Walaupun pada awalnya tindakannya itu dipandang remeh dan pernah mendapat cacian, setelah bertahun-tahun melakukan perkara yang sama, akhirnya beliau mendapat sokongan dari orang ramai termasuk keluarganya sendiri.

Ikon Patriotik Negeri Sarawak, Kenali Allahyarham Pak Azahari Hamdan

Pernah berkhidmat sebagai pegawai awam Polis Diraja Malaysia

Azahari Hamdan pernah berkhidmat sebagai pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau menceritakan pada tahun 1970-an ketika komunis sedang bermaharajalela di Sarawak, tiada siapa pun yang berani melalui jalan Kuching-Serian, terutamanya dari Siburan hingga Tapah kerana takut terkena peluru sesat komunis.

Setiap kali ada urusan di Serian kami biasanya akan dieskot oleh anggota Pasukan Polis Hutan atau Police Field Force,” kata beliau.

Keadaan ketika itu amatlah buruk sehingga membuatkan rakyat sukar mencari walaupun sesuap nasi bagi keluarga dan mereka uga hidup dalam ketakutan kerana sering diganggu komunis. Hal ini juga telah membuat rakyat takut keluar untuk mencari nafkah.

Oleh itu, beliau berasa amat bersyukur apabila negara kita mengecapi kemerdekaan. Tanda kesyukurannya, beliau sanggup mengeluarkan wangnya sendiri menghias motosikalnya setiap kali menyambut bulan kemerdekaan.

Baca lagi di sini kisah Allahyarham Mr. Os:

Fasih Berbahasa Melayu Sarawak Dan Iban, Ini Kenangan Mr. Os Untuk Rakyat Malaysia
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Modus Operandi Scam Terbaharu, Hati-Hati Dengan Orang Menyamar Sebagai Seller Aplikasi IPTV Modus Operandi Scam Terbaharu, Hati-Hati Dengan Orang Menyamar Sebagai Seller Aplikasi IPTV
Next Article 'Balik-Balik Kena Kasi Ingat, Rimas Betul' Pemilik Staycation Di Sabah Ini Dedah Perangai Pengunjung Bilik Bersepah Seperti ‘Tongkang Pecah’, Individu Ini Dedah Perangai Pengunjung Di Sabah

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?