• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bilik Bersepah Seperti ‘Tongkang Pecah’, Individu Ini Dedah Perangai Pengunjung Di Sabah

Oleh
Nazihah AN
18 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
'Balik-Balik Kena Kasi Ingat, Rimas Betul' Pemilik Staycation Di Sabah Ini Dedah Perangai Pengunjung

Bila check out tinggalkan bilik macam ini rupa, tak rasa bersalah ke?

Bilik Bersepah Seperti ‘Tongkang Pecah’, Individu Ini Dedah Perangai Pengunjung Di Sabah. Kalau korang jenis yang ada common sense, masa check-out mana-mana tempat penginapan mesti lihat sekeliling untuk lihat bilik yang kita guna tidak bersepah.

Walau tak mampu rapi dan teratur seperti waktu kita masuk untuk check-in, tetapi sekurang-kurangnya kita bantu ringankan kerja mereka. Kalau bilik kita bersepah selepas kita guna, secara tidak langsung ia menggambarkan sikap dan keperibadian kita.

Bilik Bersepah Seperti 'Tongkang Pecah', Individu Ini Dedah Perangai Pengunjung Di Sabah
Bilik Bersepah Seperti ‘Tongkang Pecah’, Individu Ini Dedah Perangai Pengunjung Di Sabah. Sumber gambar: FB Siti Aisyah

Bukan sahaja lambat check-out, bilik dan dapur pun disepahkan seperti sarang tikus.

Tular semalam individu di Sabah ini telah dedah perangai pengunjung di salah sebuah staycation di Sabah ini telah meninggalkan keadaan tempat penginapan dalam keadaan yang sangat bersepah.

Menerusi perkongsian di Facebook milik Siti Aisyah telah dedahkan sikap pengunjungnya yang agak keterlaluan terhadap pemilik staycation tersebut. Bukan sahaja lambat check-out, bilik dan dapur pun disepahkan seperti sarang tikus.

Bilik Bersepah Seperti 'Tongkang Pecah', Individu Ini Dedah Perangai Pengunjung Di Sabah
Sumber gambar: FB Siti Aisyah

Pengunjung tersebut terus melabel pemilik tersebut sebagai kurang ajar.

Guna alasan ‘lambat check-in’, pengunjung tersebut malah meminta untuk memberi masa lebih satu jam untuk check-out. Merasa rimas apabila diingatkan masa untuk check-out bilik, pengunjung tersebut terus melabel individu sebagai kurang ajar.

Gambar-gambar yang dikongsi dapat dilihat sikap pengunjung yang tidak bertanggungjawab dengan merosakkan barangan dan turut meninggalkan bilik tersebut dalam keadaan yang bersepah. 

Bilik Bersepah Seperti 'Tongkang Pecah', Individu Ini Dedah Perangai Pengunjung Di Sabah
Sumber gambar: FB Siti Aisyah

Dapat dilihat bahawa terdapat tumpahan air kopi di atas katil seolah-olah ia nampak ‘disengajakan’. Kulit kuaci juga dilihat bertaburan di atas lantai. Tidak hanya itu, pengunjung tersebut turut merosakkan remote TV sehingga tidak dapat digunakan lagi.

Pemilik tersebut sudah meminta bayaran ganti rugi untuk remote TV, tetapi jawapan pengunjung ini buat netizen bengang.

Saya tidak mahu (bayar ganti rugi). Sakit hati saya siapa mahu ganti? Staff kamu? Okey untuk jadi adil, sama-sama sakit hati laa hehe adil kan?”

Bilik Bersepah Seperti 'Tongkang Pecah', Individu Ini Dedah Perangai Pengunjung Di Sabah
Sumber gambar: FB Siti Aisyah

Susah jugak eh kalau ada yang berperangai macam ni😅 Orang tu whatsapp bagus-bagus je, memang dah itu kerja dia untuk ingatkan pengunjung check-out pada masanya. Ambil pengajaran okay guys, tak baik buat orang lain macam tu.

Anda mungkin ingin baca berkenaan dengan hotel di Kuching. Baca pautan di bawah:

‘Dulu Hotel Ni Takdala Teruk Macam Ni’, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Terhadap Kemudahan Hotel Di Kuching

Bakal Menjadi Sky Bar Pertama Di Kuching, Hotel Impiana Yang Terbengkalai Kini Diubah Suai
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ikon Patriotik Negeri Sarawak, Kenali Allahyarham Pak Azahari Hamdan
Next Article Lelaki Pukul Warga Asing Enggan Beli Mesin Penggiling, Didenda RM 1,500 Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?