• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

‘Blackpink Fever’ Di Kuching Food Festival, Geng Blinks Wajib Cuba 5 Menu Rare Ini

Oleh
ILB - AI
31 Julai 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
'Blackpink Fever' Di Kuching Food Festival, Geng Blinks Wajib Cuba 5 Menu Rare Ini

Tak Blink lah kalau tak cuba 5 menu ini!

‘Blackpink Fever’ Di Kuching Food Festival, Geng Blinks Wajib Cuba 5 Menu Rare Ini. Sekiranya anda peminat fanatik Blackpink ataupun ‘Blink’, pastikan anda mencuba 5 makanan unik dan menarik daripada beberapa vendor di Kuching Food Festival yang sedang berlangsung ini.

Isi Isi Penting
  • 1. Aiskrim Sakura W.Tea
  • 2. Black Pink X BTS
  • 3. Croissant Highlah
  • 4. Black Pink Fried Chicken
  • 5. Black Pink Chicken Stick

Daripada hidangan pembuka selera sehingga ke dessert, masing-masing kreatif mengolah makanan mengikut tema Blackpink demi menarik perhatian warga ‘Blink’.

‘Blackpink Fever’ Di Kuching Food Festival, Geng Blinks Wajib Cuba 5 Menu Rare Ini. Kredit: ILOVEBORNEO

Kesemua rekomendasi ini dijamin ‘No pork, no lard’.

Daripada 285 stall, ini merupakan 5 cadangan gerai bertemakan Blackpink yang boleh anda cuba:

1. Aiskrim Sakura W.Tea

Nak kan sesuatu yang common apa kata anda cuba aiskrim berperisa sakura dari W.Tea ini. Walaupun nampak ‘biasa’, namun bahan-bahan pembuatan aiskrim ini dikatakan diterbangkan khas dari Jepun dan barang-barang yang digunakan semuanya premium!

Sekali try mesti rasa mewah!

Lokasinya terletak di gerai bernombor 174.

2. Black Pink X BTS

Buat anda pencinta taco iaitu sejenis snek dari Mexico, apa kata anda cuba pula taco yang dihidangkan di gerai bernombor 197 ini.

Taco ini diolah menjadi sushi taco dan dihidangkan bersama Japanese Unagi dengan hiasan durian bakar cheese sebagai topping diatas taco tersebut.

Menariknya, nasi sushi dan kuah durian cheese itu ‘diberi’ warna pink bagi menepati tema Blackpink itu sendiri.

Kalau korang sejenis yang sukakan cabaran apa kata korang try menu ni!

3. Croissant Highlah

Bagi pencinta pastri pula, apa kata anda try croisant dari High Lah! ini.

Menariknya, setiap pesanan croissant yang dibuat akan dipanaskan terlebih dahulu sebelum sampai ke tangan pelanggan.

Yang pasti, pastrinya lembut dengan rasa creamy dan masam manis dari strawberry!

4. Black Pink Fried Chicken

Diantara senarai ini, yang pasti menu ini paling rare dan seram!

Walaupun kelihatan seram, yang pasti hidangan ini kreatif dimana ayam goreng crispy disaluti bersama kuah ‘rahsia’ signature mereka.

Menariknya, setiap pelanggan yang membeli set hidangan dari gerai bernombor 252 ini akan mendapat kipas Blackpink secara percuma.

Jadi, Blink jangan lepaskan peluang ini!

5. Black Pink Chicken Stick

Tak cukup dengan itu, ada juga gerai menghidangkan chicken stick bertemakan Blackpink.

Untuk menu ini, ayam goreng dipotong dengan kecil dan dijadikan stik. Kemudian dicelup bersama kuah rahsia mereka berwarna pink!

Mereka juga menghidangkan kuah cheese biasa untuk dipadankan bersama black chicken mereka!

Nak try jangan lupa singgah ke gerai bernombor 133.

Baca lagi artikel menarik:

Pelbagai Jenis Makanan, Ini Adalah Antara Makanan Halal Dan Non-Halal Di Kuching Food Fest
Penyertaan Pengendali Gerai Kuching Food Festival Tahun Ini Meningkat Hampir 2 Kali Ganda
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Review CGI Filem Jerunei 'Hauk', Penerbit Dedah Pengarah CGI Tinggal Kerja Separuh Jalan Netizen Review CGI Filem Jerunei ‘Hauk’, Penerbit Dedah Pengarah CGI Tinggal Kerja Separuh Jalan
Next Article Bapa Tua Usia 71 Tahun Banyak Kali Rogol Anak Umur 10 Tahun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?