• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penyertaan Pengendali Gerai Kuching Food Festival Tahun Ini Meningkat Hampir 2 Kali Ganda

Oleh
Husna Hazmi
4 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Kuching Food Festival pada Julai tahun ini dijangka lebih meriah lagi.

Penyertaan Pengendali Gerai Kuching Food Festival Tahun Ini Meningkat Hampir 2 Kali Ganda. Dilaporkan bahawa, bilangan permohonan untuk mengendalikan gerai di Kuching Food Festival tahun ini meningkat hampir dua kali ganda berbanding tahun lepas, kata Dato Wee Hong Seng.

Menurut beliau, sebanyak 809 permohonan telah diterima manakala jumlah gerai yang ditawarkan untuk festival tahun ini adalah 345 gerai.

Penyertaan Pengendali Gerai Kuching Food Festival Tahun Ini Meningkat Hampir 2 Kali Ganda
Penyertaan Pengendali Gerai Kuching Food Festival Tahun Ini Meningkat Hampir 2 Kali Ganda.

Tahun lepas hanya ada 520 penyertaan sahaja

Pada tahun lepas, sebanyak 330 gerai yang telah ditawarkan dan jumlah permohonan yang diterima hanyalah 520 penyertaan sahaja.

Gerai yang ditawarkan pada Kuching Food Festival tahun ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu, gerai atas, gerai dua, gerai tunggal dan gerai separuh.

Penyertaan Pengendali Gerai Kuching Food Festival Tahun Ini Meningkat Hampir 2 Kali Ganda

Proses pemilihan gerai adalah pada minggu hadapan

Beliau berkata permohonan untuk gerai ini ditutup pada 31 Mei dan akan melalui proses pemilihan pada minggu hadapan.

Kriteria pemilihan adalah berdasarkan kreativiti serta inovasi yang menonjol. Pengusaha gerai terpilih dan kakitangan juga perlu menjalani saringan kesihatan serta menjalani kursus keselamatan, kebersihan dan hospitaliti.

Ini bagi membantu memastikan semua makanan yang ditawarkan adalah selamat dan bersih, serta perkhidmatan pelanggan yang berkualiti.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Festival Makanan Terbesar, Kuching Food Festival Bakal Kembali Bermula Julai Ini
Pesta Benak 2023 Bakal Diadakan Di Simanggang Bermula 29 September Ini
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Restoran Kegemaran Penduduk Lokal, Anda Perlu Nikmati Menu Asian Fusion Lazat Di Cafe Cafe
Next Article Tinggalan Budaya Purba, Kenali Lagi Tentang Batu 'Megalith' Di Sarawak Tinggalan Budaya Purba, Kenali Lagi Tentang Batu ‘Megalith’ Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?