• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak

Oleh
Farisha
30 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak

BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank Negara Malaysia (BNM), dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah menjalankan serbuan ke atas sejumlah lapan premis bahagian Sarawak disyaki menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen sah daripada BNM, serta berpotensi terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Menurut sumber, bank pusat berkata bahawa ini adalah sebahagian daripada usaha penguatkuasaan berterusan untuk melindungi orang ramai daripada risiko kewangan yang berpotensi apabila berurusan dengan entiti tidak berlesen di negara ini.

BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak
BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Sumber: X

BNM menyatakan bahawa entiti-entiti perniagaan tersebut sedang disiasat di bawah Subseksyen 4(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (MSBA).

Jika disabitkan kesalahan akan dipenjara atau didenda RM5 juta

“Sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah Subseksyen 4(1) MSBA boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau penjara untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun, atau kedua-duanya,” kata bank tersebut,” katanya.

Bank pusat juga ingin mengingatkan orang ramai bahawa adalah satu kesalahan untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen yang sah daripada BNM.

“Senarai perniagaan perkhidmatan wang berlesen boleh didapati di laman web BNM di bnm.gov.my/licensed-msb-operators.

“Orang ramai dinasihatkan untuk hanya berurusan dengan perniagaan perkhidmatan kewangan berlesen bagi melindungi kepentingan kewangan mereka dan digalakkan untuk melaporkan mana-mana entiti tidak berlesen kepada BNM,” tambahnya.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pelawak Jocelyn Chia Kini Sedang Dikesan, PDRM Minta Bantuan Interpol Untuk Carinya
Padah Rekod Video Tak Pakai ‘Seat Belt’, Netizen Seru PDRM Ambil Tindakan Buat MK Dan Isteri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Remaja 14 Tahun Ditangkap, Suspek Kes Buang Bayi Di Bandar Baru Semariang Remaja 14 Tahun Ditangkap, Suspek Kes Buang Bayi Di Bandar Baru Semariang
Next Article Kenali Rumah Dua Negara, Dapur Di Malaysia Ruang Tamu Di Indonesia Kenali Rumah Dua Negara, Dapur Di Malaysia Ruang Tamu Di Indonesia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?