• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Remaja 14 Tahun Ditangkap, Suspek Kes Buang Bayi Di Bandar Baru Semariang

Oleh
Aina Musa
30 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Remaja 14 Tahun Ditangkap, Suspek Kes Buang Bayi Di Bandar Baru Semariang

Bayi tersebut ditemui orang awam dengan masih bertali pusat

Remaja 14 Tahun Ditangkap, Suspek Kes Buang Bayi Di Bandar Baru Semariang. Semalam media sosial digemparkan dengan penemuan bayi perempuan di Bandar Baru Semariang.

Bayi malang yang cukup sifat itu ditemukan oleh orang awam di kawasan semak dengan masih bertali pusat.

Pihak polis IPD Kuching mengesahkan telah menerima makluman daripada orang awam berhubung penemuan bayi perempuan di sebuah kawasan perumahan di Semariang, Kuching.

Remaja 14 Tahun Ditangkap, Suspek Kes Buang Bayi Di Bandar Baru Semariang. Kredit: IPD Kuching

Bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis telah pergi ke lokasi dan mendapati bayi itu masih hidup dan dalam keadaan sihat.

Bayi itu kemudiannya telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut dan seterusnya akan dirujuk kepada pihak JKM untuk tindakan selanjutnya.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata suspek berumur 14 tahun dikatakan sebagai ibu kepada bayi tersebut telah pun berjaya diberkas pada pukul 8 malam tadi.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Ketua Polis Daerah Kuching amat mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan kejadian ini dengan menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran.

Baca lagi artikel menarik:

TERKINI: Bayi Baru Lahir Masih Bertali Pusat Ditemui Di Bandar Baru Samariang
Kontroversi Selesai : Persatuan Gereja Sarawak Sertai Karol Selepas Intervensi Premier Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sindiket Penipuan Pekerjaan Di Kuching Sasar Mangsa Melalui Aplikasi Bumble Dan Tinder
Next Article BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?