• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Masyarakat Tagal, Sebuah Etnik Minoriti Di Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
22 Januari 2024
Kongsi
5 Min Bacaan

Etnik Tagal atau Tanggal merupakan etnik minoriti yang kaya dengan budaya di Sarawak Bumi Kenyalang

Kenali Masyarakat Tagal, Sebuah Etnik Minoriti Di Sarawak. Populasi Etnik Tagal atau Tanggal ini banyak tertumpu di daerah-daerah yang bersempadanan dengan Sabah dan juga Brunei seperti di bahagian Limbang dan Lawas.

Ramai lagi yang tidak mengetahui etnik yang unik ini. Keberadaan mereka di perbatasan antara negeri/negara juga membenarkan mereka menjadi antara etnik yang mempunyai kaum keluarga yang rapat di sebelah negeri Sabah dan juga negara jiran kita iaitu Negara Brunei Darussalam.

Walaupun etnik Tagal adalah salah satu daripada rumpun Murut, namun begitu ada beberapa perbezaan dari segi adat dan budaya di dalam etnik ini yang agak berlainan dengan etnik Murut itu sendiri.

Kenali Masyarakat Tagal, Sebuah Etnik Minoriti Di Sarawak
Kenali Masyarakat Tagal, Sebuah Etnik Minoriti Di Sarawak. Gambar sebagai hiasan.

Perkahwinan etnik Tagal

Salah satunya adalah tradisi adat dan budaya perkahwinan etnik Tagal yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Di dalam sosiologi etnik Tagal ini, adalah digalakkan untuk mereka berkahwin sesama komuniti kerana ianya adalah untuk menjaga dan memperkembangkan generasi etnik Tagal. Adat “Vokun” iaitu perkahwinan dengan bangsa lain adalah tidak digalakkan. Adat “Pahaka” pula digunapakai iaitu menggalakkan perkahwinan sesama etnik.

Dengan itu pemberian “purut” atau berian akan mudah diuruskan iaitu di dalam lingkungan keluarga etnik Tagal sendiri. Dan keunikannya sekali lagi terletak apabila ada kakak atau adik ipar di dalam etnik Tagal ini yang mana suaminya sudah meninggal dunia maka adalah menjadi tanggungjawab kepada abang atau adik kepada suami untuk mengahwini mereka sebagai penerus kepada legasi mereka.

Sekiranya si suami yang sudah meninggal dunia masih lagi berhutang berian dengan si isteri maka adalah menjadi tanggungjawab kepada abang atau adik si suami untuk menyelesaikannya. Adat inilah yang dipanggil dengan adat “Panalaan ramato”.

Kenali Masyarakat Tagal, Sebuah Etnik Minoriti Di Sarawak
Kenali Masyarakat Tagal, Sebuah Etnik Minoriti Di Sarawak. Gambar sebagai hiasan

“Tinauh”

Sebenarnya berian di sewaktu perkahwinan itu di dalam adat Etnik Tagal boleh dilangsaikan secara beransur-ansur sehinggalah beranak pinak selagi nyawa dikandung badan dan adat ini dipanggil “Tinauh”.

Jika dahulunya ramai etnik Tagal adalah antara mereka yang dikatakan amat mahir di dalam dunia memburu di hutan serta amat mahir dengan kepandaian mereka di dalam mengenali hutan rimba terutamanya di dalam mencari pohon yang terbaik untuk dijadikan binaan rumah dan banyak lagi.

Mempunyai pekerjaan yang baik

Selain daripada itu, mereka juga amat mahir menangkap ikan menggunakan kaedah tradisional etnik Tagal. Namun itu merupakan pekerjaan mereka suatu waktu dahulu. Kini, ramai etnik Tagal sudahpun mempunyai pekerjaan yang baik di bandar-bandar besar seperti di Kuching, Miri dan menjawat jawatan yang baik di sektor kerajaan mahupun swasta.

Mempunyai Bahasa tersendiri

Dari segi bahasa pula, etnik Tagal juga mempunyai bahasanya yang tersendiri yang dipanggil Tagol Murut yang mana ianya merupakan rumpun bahasa Austranesian, Malayo-Polynesian, North Borneo, North Sarawakan, Dayic, Murutic, Murut. Dan bahasa Tagol Murut ini juga mempunyai beberapa dialek seperti Alumbis, Maligan, Salalir, Sapolut, Sumambu dan banyak lagi.

Kenali Masyarakat Tagal, Sebuah Etnik Minoriti Di Sarawak
Gambar sebagai hiasan

Suatu waktu dahulu etnik Tagal juga seperti etnik-etnik yang lain di Sarawak di mana mereka mengamalkan agama animisme. Namun sejajar dengan kedatangan agama, etnik Tagal juga telah menjadikan agama Kristian sebagai pedoman hidupan mereka tanpa meninggalkan norma-norma adat dan tradisi nenek moyang yang tidak bertentangan dengan agama kristianiti mereka.

Sesetengah etnik yang ada di Sabah mahupun Brunei dan Kalimantan ada di Sarawak

Jadi adalah tidak mustahil sekiranya ada sesetengah etnik yang ada di Sabah mahupun Brunei dan Kalimantan juga ada di Sarawak kerana negeri dan negara ini semuanya ada di dalam Pulau Borneo.

Hal ini juga sama seperti etnik Iban Merotai yang asalnya orang Sarawak tetapi akhirnya juga mempunyai penempatan dan menjadi orang Sabah. Maka begitulah juga etnik Tagal yang kita kenali berada di Limbang mahupun Lawas sekarang.

Baca lagi di sini kisah menarik di Bumi Kenyalang:

https://www.iloveborneo.my/kepercayaan-pagan-etnik-melanau-pada-satu-masa-dahulu/
Kisah Mistik Terabai, Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu
SUMBER :FB Borneo Oracle
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiada Mesyuarat Khas Di DUN Sarawak Bincang Pelantikan TYT Baharu Tiada Mesyuarat Khas Di DUN Sarawak Bincang Pelantikan TYT Baharu
Next Article BNM Keluar Kenyataan Rasmi Mengenai Quantum Metal BNM Keluar Kenyataan Rasmi Mengenai Quantum Metal

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?