• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

BNM Tambah Enam Nama Syarikat Pelaburan Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

Oleh
Nazihah AN
24 Jun 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
BNM Tambah Enam Nama Syarikat Pelaburan Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

Bank Negara Malaysia Tambah 6 Syarikat Entiti Baharu Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA)

BNM Tambah Enam Nama Syarikat Pelaburan Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengemaskini Senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA) dengan memasukkan enam entiti baharu yang tidak diberi kuasa atau diluluskan oleh bank pusat tersebut.

Senarai FCA terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia.

BNM Tambah Enam Nama Syarikat Pelaburan Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

BNM Tambah Enam Nama Syarikat Pelaburan Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

Enam entiti baharu yang disenaraikan adalah Emar Markets, HF Markets dan HF Markets (SV) Pty Ltd, AVAPartner dan AVATrade, Just Markets, Etoro Investment dan I Investment 254.

Dalam hantaran media sosialnya hari ini, BNM menyatakan bahawa ia juga telah mengemaskini maklumat berkaitan Najmuldin Exchanger, FBS Malaysia, dan Skim Pelaburan MIDF dalam Senarai FCA.

“Senarai ini tidak menyeluruh dan akan dikemaskini secara berkala,” katanya.

Di laman web rasminya, BNM menjelaskan bahawa Senarai FCA adalah panduan untuk meningkatkan kesedaran mengenai entiti atau skim yang mungkin telah disalah anggap atau diwakili sebagai dilesenkan atau dikawal selia oleh bank pusat.

Lihat senarai penuh di sini👉🏻www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert-list

“Senarai ini dikemaskini berdasarkan maklumat yang diterima oleh BNM daripada orang awam selepas menjalankan penilaian yang diperlukan terhadap entiti dan skim yang dilaporkan.

“Pengguna boleh merujuk senarai ini sebagai salah satu cara untuk menyemak sama ada sesuatu entiti atau skim telah dikenal pasti sebagai entiti yang tidak diberi kuasa oleh BNM untuk menawarkan produk atau perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh BNM,” katanya.

Bank pusat itu menegaskan bahawa ketiadaan atau penyingkiran sesuatu entiti atau skim daripada senarai tersebut tidak harus dianggap sebagai pengesahan bahawa entiti atau skim tersebut telah atau pernah dilesenkan atau dikawal selia oleh BNM.

“Seperti mana-mana pelaburan kewangan, pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati ketika melabur dalam mana-mana entiti atau skim kewangan,” katanya.

Disclaimer: Senarai Makluman Pengguna Kewangan (Senarai FCA) ialah panduan untuk meningkatkan kesedaran tentang entiti atau skim yang mungkin telah disalah anggap atau diwakili sebagai dilesenkan atau dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

BNM Keluar Kenyataan Rasmi Mengenai Quantum Metal
Ini 5 Bank Digital Malaysia Yang Tawar Pulangan Dan Cashback Lumayan

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui Perbezaan Antara Judi Online Dan Judi Berlesen Di Malaysia Ketahui Perbezaan Antara Judi Online Dan Judi Berlesen Di Malaysia
Next Article Penduduk Panik Dakwa Tanah Runtuh Di Gunung Kinabalu Siap Dengan Banjir Lumpur Penduduk Panik Dakwa Tanah Runtuh Di Gunung Kinabalu Siap Dengan Banjir Lumpur

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?