• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penduduk Panik Dakwa Tanah Runtuh Di Gunung Kinabalu Siap Dengan Banjir Lumpur

Oleh
Aina Musa
24 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Penduduk Panik Dakwa Tanah Runtuh Di Gunung Kinabalu Siap Dengan Banjir Lumpur

Kaki Gunung Kinabalu runtuh

Penduduk Panik Dakwa Tanah Runtuh Di Gunung Kinabalu Siap Dengan Banjir Lumpur. Kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan Gunung Kinabalu, Mesilau, Kundasang, dekat sini, awal pagi Ahad.

Kejadian dipercayai berlaku jam 1.20 pagi namun tidak melibatkan sebarang mangsa.
Kejadian itu turut tular menerusi satu video berdurasi 27 saat pada Isnin di aplikasi TikTok.

Penduduk Panik Dakwa Tanah Runtuh Di Gunung Kinabalu Siap Dengan Banjir Lumpur. Sumber: Astro Awani

Malim Gunung, Richard Soibi berkata, runtuhan tersebut jauh dari jejak laluan gunung yang dilalui mereka.

“Betul tapi jauh dari jejak laluan gunung. Kejadian hanya disedari sekitar jam 7.30 pagi. Tiada mangsa kerana jauh dari rumah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Difahamkan, kejadian itu turut menyebabkan aliran air Sungai Mesilau yang mengalir ke Sungai Liwagu di Ranau bertukar menjadi berlumpur.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Talib berkata, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan berhubung kejadian itu.

“Namun setelah menerima video tersebut, pasukan bomba menjalankan pemantauan.

“Menurut pegawai Taman-Taman Sabah (TTS) yang bertanggungjawab menjaga di kawasan tersebut, runtuhan berlaku kira-kira jam 1.20 pagi Ahad dan banjir lumpur jam 5 pagi hari yang sama.

“Kejadian runtuhan di kaki Gunung Kinabalu dan banjir kilat tidak menjejaskan kampung berhampiran,” katanya.

Katanya lagi, tiada akses jalan raya untuk ke tempat runtuhan dan pemantauan dibuat hanya menggunakan dron sahaj

Baca lagi artikel menarik:

Padah Bergurau Acu Pistol Di Metrocity Matang, Tiga Lelaki Akhirnya Ke Lokap
Van Rosak Dalam Perjalanan Ke Papar, Pemuda Menangis Terkandas 3 Jam Bersama Jenazah Bapa Mentua
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article BNM Tambah Enam Nama Syarikat Pelaburan Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan BNM Tambah Enam Nama Syarikat Pelaburan Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan
Next Article Keriangan Bertukar Duka, Budak 9 Tahun Maut Dibaham Buaya Semasa Mandi Sungai Di Sandakan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?