• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Boleh Dianugerahkan Cawangan Paling Bersih’, Wanita Ini Puji Disiplin Pekerja OKU KFC Matang

Oleh
Husna Hazmi
16 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

KFC Matang di Kuching ini dikendalikan oleh pekerja OKU pendengaran dan percakapan.

‘Boleh Dianugerahkan Cawangan Paling Bersih’, Wanita Ini Puji Disiplin Pekerja OKU KFC Matang. Restoran makanan segera kegemaran rakyat, KFC sudah membuka banyak cawangan di Sarawak dan sudah menjadi tempat makan pilihan ramai sejak dulu lagi.

Tetapi, dalam banyak-banyak francais makanan segera ini, KFC merupakan salah satu restoran unik yang mengambil pekerja OKU Pendengaran dan Percakapan untuk mengurus cawangan mereka.

'Boleh Dianugerahkan Cawangan Paling Bersih', Wanita Ini Puji Disiplin Pekerja OKU KFC Matang
‘Boleh Dianugerahkan Cawangan Paling Bersih’, Wanita Ini Puji Disiplin Pekerja OKU KFC Matang. Sumber gambar: FB Mardiana Binti Mohamad

Berkongsi pengalaman makan di KFC Matang

Baru-baru ini, seorang wanita di Facebook telah berkongsi pengalamannya makan di KFC cawangan Matang di mana pekerjanya adalah OKU pendengaran dan percakapan. Dalam perkongsian itu, dia meluahkan rasa kagumnya dengan kebersihan restoran tersebut.

Menurutnya, pekerja di KFC Matang ini semuanya cekap dan berdisiplin, mereka tidak membiarkan sebarang pinggan kotor di atas meja, lantainya kering dan bersih, singki dan tandas yang disediakan juga amat bersih dan dijaga dengan elok .

Kongsi wanita itu lagi, dirinya juga selesa untuk membawa anaknya ke KFC awangan Matang ini agar anaknya boleh menghargai orang lain yang sedikit berbeza daripada dirinya.

KFC Matang ini boleh diberikan anugerah cawangan KFC paling bersih. Kepada pihak pengurusan KFC, tolonglah bagi para pekerja di sini anugerah sebagai tanda penghargaan kepada mereka,” tambahnya lagi.

'Boleh Dianugerahkan Cawangan Paling Bersih', Wanita Ini Puji Disiplin Pekerja OKU KFC Matang
Gambar tangkap layar dari ruangan komen

Orang ramai juga telah bersetuju dengan perkongsiannya

Perkongsiannya itu bukan sahaja telah meraih perhatian warganet malah orang ramai juga rata-ratanya bersetuju dengan pendapat wanita ini. Orang ramai yang telah singgah di sini ramai yang berpuas hati dengan kebersihan, layanan dan disiplin para pekerja di KFC ini.

Diharap agar semua pekerja kedai makan di luar sana boleh mencontohi sikap pekerja OKU pendengaran dan percakapan di KFC Matang ini. Sentiasa ingat, yang baik kita contohi, yang buruk kita pelajari dan jadikan sebagai pengajaran.

Baca lagi cerita menarik di sini:

Kagum Lihat Pembangunan Di Sarawak, Lelaki Semenanjung Puji Kuching Bandar Paling Bersih
[VIDEO] Kagum Dengan Adab Anak Sarawak, Wanita Ini Beri Pujian Tak Henti-Henti
SUMBER : FB Mardiana Binti Mohamad
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Beri Sorakan Guna Loghat Kabong, Gelagat Penyokong Bola Sepak Wanita Ini Cuit Hati Netizen Beri Sorakan Guna Loghat Kabong, Gelagat Penyokong Bola Sepak Wanita Ini Cuit Hati Netizen
Next Article Pasang Lampu Tinggi Secara Haram, JPJ Keluarkan 16 Saman Di Kuching Dan Miri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?