• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pasang Lampu Tinggi Secara Haram, JPJ Keluarkan 16 Saman Di Kuching Dan Miri

Oleh
Husna Hazmi
16 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Syabas diucapkan kepada JPJ!

Pasang Lampu Tinggi Secara Haram, JPJ Keluarkan 16 Saman Di Kuching Dan Miri. Dilaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak telah mengeluarkan 16 saman kepada pengguna jalan raya setelah didapati memasang lampu nyahcas berintensiti tinggi (lampu HID) secara haram pada kenderaan mereka pada 14 Oktober lalu.

Dalam kenyataan pihak JPJ di Facebook, ‘Ops HID’ ini bermula pada jam 7 malam dan berakhir sekitar jam 11 malam iaitu di arah Petra Jaya ke Pusat Bandar Kuching.

Pasang Lampu Tinggi Secara Haram, JPJ Keluarkan 16 Saman Di Kuching Dan Miri
Sumber foto: FB JPJ Negeri Sarawak

JPJ Cawangan Miri juga mengadakan ‘Ops HID’ secara serentak

Operasi tersebut telah berjaya memeriksa lebih kurang 350 buah pelbagai jenis kenderaan termasuk motosikal dan kereta dengan mensasarkan penyalahgunaan lampu HID kepada kenderaan yang memasang lampu HID pada kenderaan mereka.

JPJ di Cawangan Miri menerusi Unit Operasi Cawangan Miri pula turut mengadakan ‘Ops HID’ ini secara serentak bersama JPJ Negeri dan mensasarkan penggunaan Lampu HID kepada kenderaan yang memasang lampu berkenaan pasda kenderaan mereka.

Pasang Lampu Tinggi Secara Haram, JPJ Keluarkan 16 Saman Di Kuching Dan Miri
Sumber foto: FB JPJ Negeri Sarawak

Tindakan boleh diambil

Untuk pengetahuan anda Kenderaan yang menggunakan lampu HID yang dipasang secara aksesori (Retrofit) boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 94 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu ‘keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di atas Jalan Raya.

Diharap agar tiada lagi yang menggunakan memasang lampu HID ini kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Memandulah secara berhemah dan sentiasa ingat bukan kita sahaja di atas jalan raya.

Baca lagi cerita menarik di sini:

Sejam Kena ‘Double Park’ Di Pasar Tamu Batu 10, Sikap Pemilik Kereta Ini Undang Kecaman Netizen
Netizen Terhibur Lihat Kedegilan 2 Kereta Block Satu Sama Lain Atas Jambatan Tamparuli
SUMBER :FB JPJ Negeri Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Boleh Dianugerahkan Cawangan Paling Bersih’, Wanita Ini Puji Disiplin Pekerja OKU KFC Matang
Next Article Abang Jo Bakal Tubuh Satu Lagi Bangunan Sewa Rendah Untuk Pelajar Sarawak Di Semenanjung Abang Jo Bakal Tubuh Satu Lagi Bangunan Sewa Rendah Untuk Pelajar Sarawak Di Semenanjung

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?