• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

[VIDEO] Kagum Dengan Adab Anak Sarawak, Wanita Ini Beri Pujian Tak Henti-Henti

Oleh
Husna Hazmi
10 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Orang Sarawak memang tertib gila!

[VIDEO] Kagum Dengan Adab Anak Sarawak, Wanita Ini Beri Pujian Tak Henti-Henti. Terdiri daripada lebih 37 suku kaum, Sarawak memang merupakan satu negeri yang kaya dengan adat, budaya, tradisi dan merupakan negeri contoh di mana rakyat hidup harmoni walaupun berbilang kaum.

Baru-baru ini, sebuah video di TikTok dengan tontonan hampir 200 ribu (setakat artikel ini ditulis) menyaksikan seorang wanita memuji orang Sarawak yang mempunyai adab yang baik. Di dalam video tersebut wanita itu tidak berhenti memuji adab orang muda Sarawak yang amat menghormati tetamu dan orang tua.

[VIDEO] Kagum Dengan Adab Anak Sarawak, Wanita Ini Beri Pujian Tak Henti-Henti. Kredit gambar: TikTok @amirahferdi

Pengalaman menarik ke Sarawak

Katanya, melalui pengalamannya singgah ke Sarawak baru-baru ini, dia berasa amat kagum dengan kesopanan orang di negeri ini.

Budak-budak kalau nak berjalan depan tetamu atau depan orang dewasa diorang akan tunduk, siap isyarat tangan lagi, anak-anak Melayu kita dulu macam tu, tapi anak-anak Melayu sekarang dah tak tahu adat tu, tapi orang Sarawak masih amalkan adat tersebut”, katanya.

Tambahnya lagi, ketika sarapan pagi, walaupun makanan telah disediakan oleh ibu bapa, anak-anak Sarawak akan menunggu tetamu untuk makan dahulu dan kemudiannya baru mereka makan. Memang tertib gila! Dia juga turut memuji anak-anak Sarawak ini amat berbudi bahasa.

Menurutnya lagi, ketika sambutan Gawai, pelbagai menu menarik yang disediakan namun tetamu yang datang melawat ke rumah atau ‘ngabang’ tak ambil pun makanan dengan gelojoh, mereka hanya mengambil makanan sedikit sahaja menunjukkan kesopanan mereka ketika menziarahi rumah orang lain.

@amirahferdi

Adat #fyp #fypシ #fypages #foryou #adat #adab #orang #sarawak #hormat #baik #tetamu #tolong

♬ original sound – Amirah Ferdi

Aunty memang respect habis dengat orang Sarawak, memang aunty salute, aunty admire sangat”.

Dalam masa yang sama, dia juga berpesan agar orang Melayu di Semenanjung patut kekalkan adat kita dan sentiasa menghormati orang tua ketika bercakap dan saling bantu membantu.

Oleh itu, bersama-samalah kita mengekalkan adab yang baik sesama kita tidak mengira bangsa, agama atau usia. Hormat-menghormati satu sama lain adalah amalan mulia!

Lagi di sini perkara menarik di Borneo buat anda:

SUMBER : TikTok @amirahferdi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan Di Malaysia
Next Article Tular Detik Sebak Bapa Mertua Iban Beri Pesanan Atas Pelamin Meski Kini Berbeza Agama

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?