• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Keunikan Bak Buan Kukuot, Nikmati 2 Air Terjun Di Kampung Sadir

Oleh
Farisha
9 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Anda boleh melawat 2 air terjun pada masa yang sama di Bak Buan Kukuot

Keunikan Bak Buan Kukuot, Nikmati 2 Air Terjun Di Kampung Sadir. Air Terjun Bak Buan Kukuot, yang terletak di Padawan, Kuching, Sarawak, merupakan air terjun dua tingkat yang menakjubkan dan dikenali dengan keindahan semula jadi serta persekitarannya.

Sekiranya anda ingin mencari aktiviti outdoors yang memuaskan untuk hujung minggu, anda boleh consider untuk melawat air terjun Bak Buan Kukuot yang terletak di Kampung Sadir, sebuah kampung kecil Bidayuh​.

Keunikan Bak Buan Kukuot, Nikmati 2 Air Terjun Di Kampung Sadir
Keunikan Bak Buan Kukuot, Nikmati 2 Air Terjun Di Kampung Sadir

Beginner friendly bagi mereka yang mahu menyertai trek ke sini

Untuk pergi ke air terjun Bak Buan Kukuot, anda perlu pergi ke Kampung Sadir terlebih dahulu. Perjalanan ke Kampung Sadir dari Kuching mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit dan anda akan dikehendaki trek untuk ke air terjun tersebut dari sini.

Ia akan mengambil masa sekitar 1 jam lebih (bergantung kepada kelajuan anda) untuk tiba ke air terjun Bak Buan Kukuot. Hiking trail ini dikatakan sederhana jadi ia adalah beginner friendly! Namun, bersedia untuk menghadapi beberapa bukit kerana anda akan dikehendaki untuk menaiki beberapa anak tangga dalam perjalanan anda ke sini.

Kasut getah hitam tempatan, dikenali sebagai ‘Adidas Kampung’, disyorkan untuk pendakian kerana keadaan tanah

Keunikan Bak Buan Kukuot, Nikmati 2 Air Terjun Di Kampung Sadir
Keunikan Bak Buan Kukuot, Nikmati 2 Air Terjun Di Kampung Sadir. Kredit foto: El Yusofe via Facebook

Setelah anda menikmati masa anda di air terjun Bak Buan Kukuot, anda boleh menikmati air terjun Mabi semasa perjalanan pulang. Best nya, boleh menikmati dua air terjun pada masa yang sama!

Sesuai untuk bergambar dan aktiviti mandi-manda

Sepanjang perjalanan, anda akan menyeberangi beberapa jambatan buluh dan anda akan dikelilingi oleh flora dan fauna yang indah. Pada asasnya, sesi fotografi anda telah pun bermula sebelum anda tiba ke air terjun.

Keunikan Bak Buan Kukuot, Nikmati 2 Air Terjun Di Kampung Sadir
Keunikan Bak Buan Kukuot, Nikmati 2 Air Terjun Di Kampung Sadir. Kredit foto: Norkiah Mat Zaki via Facebook

Sebaik sahaja anda tiba ke air terjun, beberapa aktiviti santai boleh dilakukan di sini. Seperti biasa, jika ada sungai dan air terjun, mesti lah ada aktiviti mandi kan? Hehe!

Anda juga boleh berkelah di sini, jadi anda boleh menikmati makanan anda sambil dikelilingi suasana yang indah sambil menikmati bunyi air terjun. Anda dicadangkan untuk mendapatkan perkhidmatan guide jika anda ingin pergi ke sini. Anda juga dikehendaki untuk membayar yuran masuk sebelum dibenarkan memasuki trail!

Fakta-fakta ini menjadikan Air Terjun Bak Buan Kukuot destinasi yang menarik bagi pencinta alam, pendaki, dan mereka yang berminat dalam pengalaman budaya tempatan dan keindahan semula jadi.

Peringatan, pastikan anda memastikan kawasan tersebut bersih dan jangan tinggalkan sampah anda di sana.

Maklumat penting

Lokasi: 94700 Siburan, Sarawak

Hubungi mereka:  019-886 7150

Baca juga artikel yang berkaitan dengan air terjun di Borneo:

Menjelajah Air Terjun Menarik Di Sekitar Kuching
Ini 6 Senarai Air Terjun Tersembunyi Di Sabah Buat Pencinta Alam Di Utara Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Stall 43 Kubah Ria Hidang Menu Nasi Goreng Cornbeef Yang Padu Buat Anda Stall 43 Kubah Ria Hidang Menu Nasi Goreng Cornbeef Yang Padu Buat Anda
Next Article Penemuan Mayat Wanita Dalam Simen Rupanya Kekasih Suspek

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?