• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bonnie Dan Yee Khie Terima Durian Runtuh Sehingga Setengah Juta Dari Kerajaan Sarawak

Oleh
Nazihah AN
2 November 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Bonnie Dan Yee Khie Terima Durian Runtuh Sehingga Setengah Juta Dari Kerajaan Sarawak

Tahniah Bonnie dan Yee Khie!

Bonnie Dan Yee Khie Terima Durian Runtuh Sehingga Setengah Juta Dari Kerajaan Sarawak. Telah dilaporkan bahawa kedua-dua para atlet powerlifting kita yang memenangi pingat kejohanan pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Bonnie Bunyau dan Yee Khie telah menerima insentif dari Kerajaan Sarawak

Isi Isi Penting
  • Tahniah Bonnie dan Yee Khie!
  • Durian Runtuh sebagai tanda penghargaan Kerajaan Sarawak
  • Kerajaan akan terus memberikan segala sokongan
  • Lagi di sini:

Bonnie Bunyau yang memenangi pingat emas, telah menerima insentif sebanyak RM500,000. Manakala Jong Yee Khie yang memenangi pingat emas, telah menerima RM300,000.

Insentif ini telah disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabat beliau, Wisma Bapa Malaysia yang turut disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Bonnie Dan Yee Khie Terima Durian Runtuh Sehingga Setengah Juta Dari Kerajaan Sarawak
Bonnie Dan Yee Khie Terima Durian Runtuh Sehingga Setengah Juta Dari Kerajaan Sarawak. Sumber: Suara Sarawak

Durian Runtuh sebagai tanda penghargaan Kerajaan Sarawak

Insentif itu adalah sebagai tanda penghargaan Kerajaan Sarawak di atas kejayaan Bonnie dan Yee Khie kerana telah mengharumkan nama Sarawak pada peringkat antarabangsa kata Abang Johari dalam sidang media pada hari ini.

“Saya berharap insentif ini akan memberi galakan kepada atlet-atlet lain untuk mencapai kejayaan lebih tinggi lagi di masa akan datang.” tambah beliau.

Tambah beliau lagi, berharap agar Bonnie dan Yee Khie turut memperoleh kejayaan dalam Kejohanan Dunia di Georgia, Rusia yang akan datang.

Bonnie Dan Yee Khie Terima Durian Runtuh Sehingga Setengah Juta Dari Kerajaan Sarawak
Bonnie Dan Yee Khie Terima Durian Runtuh Sehingga Setengah Juta Dari Kerajaan Sarawak. Sumber: Suara Sarawak

Kerajaan akan terus memberikan segala sokongan

Pada masa yang sama, beliau turut berkata bahawa Kerajaan Sarawak akan terus memberikan segala sokongan untuk pembangunan sukan termasuklah menaik taraf kemudahan sukan.

“Kita komited untuk terus mengesan bakat-bakat sama ada dalam sukan paralimpik mahupun olimpik. Kita ada sekolah sukan yang boleh melatih atlet-atlet yang kita banggakan.”

Jelas beliau lagi, inilah strategi dua kementerian di Sarawak iaitu Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dalam mengenalpasti bakat dan potensi atlet.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Nak Bazir Kredit Akaun, Influencer Ini Mahu Belanja Tiket Pulang Percuma Ke Sabah dan Sarawak
Next Article Miri Bakal Mempunyai Penerbangan Terus Ke Singapura Bermula Tahun 2022!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?