• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Miri Bakal Mempunyai Penerbangan Terus Ke Singapura Bermula Tahun 2022!

Oleh
Ismail NA
3 November 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Orang Miri dan sekitarnya yang nak ke Singapura nanti tak perlu dah transit ke Kuala Lumpur.

Miri Bakal Mempunyai Penerbangan Terus Ke Singapura Bermula Tahun 2022! Kalau sebelum ini, penduduk Miri dan sekitarnya yang ingin ke Singapura perlu transit terlebih dahulu ke Kuala Lumpur atau Kuching. Namun, bermula tahun hadapan, individu dari Miri yang ingin menjejakkan kaki ke negara jiran itu tidak perlu lagi bersusah payah berbuat demikian.

Isi Isi Penting
  • Orang Miri dan sekitarnya yang nak ke Singapura nanti tak perlu dah transit ke Kuala Lumpur.
  • Laluan terus Singapura-Miri tepat pada waktunya
  • Sarawak bakal mempunyai 2 laluan terus ke Singapura tahun depan
  • Baca juga cerita menarik berkaitan Singapura:

Ini kerana Kementerian Pengangkutan Sarawak telah mendapat lmpu hijau daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia serta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) bagi membenarkan pesawat syarikat Scoot Tigerair Pte Ltd (SCOOT) untuk beroperasi 2 kali seminggu dari Miri ke Singapura bermula tahun hadapan.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, pembukaan laluan baharu ini dapat merancakkan lagi ekonomi dan industri pelancongan terutamanya di bahagian utara Sarawak. Apatah lagi Bandaraya Miri merupakan bandaraya kedua terbesar di Sarawak dan tersenarai sebagai salah satu destinasi dengan tarikan pelancong yang paling ramai di negeri ini.

Miri Bakal Mempunyai Penerbangan Terus Ke Singapura Bermula Tahun 2022!
Suasana matahari terbenam di Coco Cabana, Miri. Kredit : IG snapsnapjy

Laluan terus Singapura-Miri tepat pada waktunya

Bukan itu sahaja, pembukaan laluan terus Singapura-Miri ini juga adalah sangat bertepatan dengan situasi semasa. Memandangkan Bandaraya Miri merupakan bandaraya pusat carigali minyak di Sarawak, Shell Malaysia juga dikhabarkan bakal memindahkan ibu pejabat aktiviti huluannya (upstream activities) ke Miri. Ibu pejabat ini bakal menempatkan seramai 2,000 orang staf dari seluruh rantau Malaysia ke Miri.

Oleh yang demikian, dengan adanya penerbangan terus ini, individu yang bekerja dengan syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Miri tidak perlu lagi singgah ke lapangan terbang transit untuk perjalanan yang membabitkan urusan kerja mahu pun pulang ke negara asal.

Sarawak bakal mempunyai 2 laluan terus ke Singapura tahun depan

Pada tahun 2019, pelawat dari Singapura ke Sarawak menunjukkan pertambahan dari 38,743 orang kepada 46,812 orang. Namun demikian, akibat pandemik, angka ini menurun dengan begitu drastik iaitu hanya 7,363 pelawat sahaja memasuki Sarawak pada tahun 2020. Dengan pertambahan laluan terus ini, Lee yakin bahawa jumlah pelawat Singapura ke Sarawak akan kembali normal, diperkukuhkan lagi dengan kadar vaksinasi orang dewasa di Sarawak yang kini sudah melepasi 91%.

Miri Bakal Mempunyai Penerbangan Terus Ke Singapura Bermula Tahun 2022!
Miri Bakal Mempunyai Penerbangan Terus Ke Singapura Bermula Tahun 2022! Scoot Airbus A320. Kredit : Traveller

Scoot merupakan sebuah syarikat penerbangan tambah murah Singapura yang juga mempunyai laluan terus ke negara itu dari Kuching. Pesawat ini beroperasi sebanyak 3 kali seminggu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Baca juga cerita menarik berkaitan Singapura:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bonnie Dan Yee Khie Terima Durian Runtuh Sehingga Setengah Juta Dari Kerajaan Sarawak Bonnie Dan Yee Khie Terima Durian Runtuh Sehingga Setengah Juta Dari Kerajaan Sarawak
Next Article Misteri Kehilangan Seorang Wanita Sejak April Lalu Dijawab, Rangka Manusia Ditemui Dalam Semak Misteri Kehilangan Seorang Wanita Di Sibu Akhirnya Terjawab, Tulang Manusia Ditemui Dalam Semak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?