I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Borneo Pickleball International Tournament Berpotensi Jadi Acara Tahunan Di Sarawak

Oleh Farisha
10 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kementerian sokong Pickleball sebagai acara tahunan di Sarawak

Borneo Pickleball International Tournament Berpotensi Jadi Acara Tahunan Di Sarawak. Borneo Pickleball International Tournament (BPIT) berpotensi dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak sebagai acara tahunan, kata Datuk Snowdan Lawan.

Snowdan, yang merupakan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, menyatakan bahawa acara ini boleh menjadi salah satu produk pelancongan sukan Sarawak dengan sokongan daripada kementeriannya.

Borneo Pickleball International Tournament Berpotensi Jadi Acara Tahunan Di Sarawak
Borneo Pickleball International Tournament Berpotensi Jadi Acara Tahunan Di Sarawak

“Kami akan serahkan kepada persatuan untuk merancang dengan teliti pada masa hadapan. Mungkin acara ini boleh dijadikan acara tahunan dengan peruntukan bajet khas,” kata Snowdan, menurut laporan media tempatan.

Dalam kenyataan yang sama, Snowdan berkata, kementeriannya komited untuk bekerjasama rapat dengan komuniti pickleball di Malaysia dan Sarawak, termasuk Persatuan Pickleball Kuching (KPA), bagi mengintegrasikan sukan ini dalam acara-acara masa depan seperti Sukan Borneo atau Sukan Malaysia (Sukma).

Beliau turut menyatakan komitmen mereka memperkenalkan permainan pickleball di komuniti luar bandar di Sarawak, terutamanya di kalangan belia selain giat mempromosikan sukan ini di Sarawak dan Malaysia.

“Kami bersemangat dengan pertumbuhan masa depan Borneo Pickleball International Tournament dan tidak sabar untuk memperkenalkan kategori baharu ini. Inisiatif ini akan membantu mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan ini bagi melahirkan bintang-bintang masa depan,” tambahnya.

Pertandingan BPIT yang dijadualkan berlangsung dari 8 hingga 14 Oktober di kompleks pickleball terbesar di Asia ini dianjurkan oleh KPA dengan kerjasama Business Events Sarawak (BESarawak) dan disokong oleh Kementerian Pembangunan Belia, Sukan & Usahawan Sarawak, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak, Persatuan Pickleball Malaysia (MPA) dan Persatuan Pickleball Sarawak (SPA).

Acara ini akan menyaksikan penyertaan pemain dari Brunei, Indonesia, Singapura, Filipina, Australia, Thailand, dan Taiwan, serta Malaysia, yang akan berentap untuk hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Sarawak Anjur Kejohanan Pickleball Antarabangsa Borneo Oktober Ini
Lebih 20 Laluan Penerbangan Antarabangsa Baharu Bakal Dibuka Untuk Tarik Pelancong Ke Malaysia
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Pesta Benak Sri Aman 2024 Terpaksa Ditangguh TERKINI: Pesta Benak Sri Aman 2024 Terpaksa Ditangguh
Next Article Bayi Baru Lahir Ditemui Masih Hidup Di Trusan Lawas

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?