• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Sedar Bawa Bagasi Berisi 18kg Ganja, Mangsa Keldai Dadah Ditahan Di Lapangan Terbang Kuching

Oleh
Ismail NA
5 Mei 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Malang tidak berbau.

Tak Sedar Bawa Bagasi Berisi 18kg Ganja, Mangsa Keldai Dadah Ditahan Di Lapangan Terbang Kuching. Malang tidak berbau. Itulah yang terjadi pada seorang wanita berusia 20-an yang ditahan oleh pihak berkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching minggu lalu.

Isi Isi Penting
  • Malang tidak berbau.
  • Wanita baru balik lawat ibu di Kuala Lumpur dikirim bagasi ganja
  • Bagasi tak dituntut rupanya mengandungi 19 bungkus ganja
  • Baca juga :

Pihak Jabatan Kastam dilaporkan telah berjaya merampas sejumlah 18.264 kilogram bungkusan yang mengandungi ganja mampat yang dipercayai diseludup masuk ke negeri ini melalui pengangkutan udara. Rampasan tersebut dibuat pada 28 April 2021 pada jam 3.25 petang apabila pihak kastam membuat imbasan terhadap bagasi wanita berkenaan.

Wanita baru balik lawat ibu di Kuala Lumpur dikirim bagasi ganja

Menyedari imej imbasan bagasi yang mencurigakan, pihak kastam segera membuat pemeriksaan terperinci ke atas bagasi tersebut dan menemui 18 bungkusan mampatan dadah jenis ganja yang dibalut mengggunakan kertas hadiah dan kertas karbon bagi mengelirukan pihak berkuasa. Kesemua bungkusan tersebut dirampas dan dianggarkan bernilai RM 45,600.00.

Tak Sedar Bawa Bagasi Berisi 18kg Ganja, Mangsa Keldai Dadah Ditahan Di Lapangan Terbang Kuching
Tak Sedar Bawa Bagasi Berisi 18kg Ganja, Mangsa Keldai Dadah Ditahan Di Lapangan Terbang Kuching
Foto : Harian Metro

Soal siasat pula mendapati bahawa wanita tersebut menjadi mangsa keldai dadah apabila beliau diminta oleh rakannya untuk membawa sebuah bagasi bersamanya pulang ke Sarawak. Wanita tersebut yang bekerja sebagai ejen insurans sambilan telah pergi ke Kuala Lumpur pada 22 April yang lalu untuk melawat dan menjaga ibunya di hospital semasa rakannya itu mengirim bagasi tersebut untuk dibawa pulang. Suspek juga telah dijanjikan dengan habuan pekerjaan di sebuah syarikat di Serian sebaik selesai menjalani kuarantin 14 hari.

Wanita itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Sekyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagasi tak dituntut rupanya mengandungi 19 bungkus ganja

Dalam satu tangkapan berasingan beberapa hari kemudian (1 Mei 2021), Pegawai Kastam Unit Khas Pemeriksaan Penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) telah membuat imbasan terhadap sebuah bagasi yang ditinggalkan dan tidak dituntut di lapangan terbang itu.

Melalui hasil imbasan, terdapat 19 bungkus plastik lutsinar yang mengandungi mampatan dadah ganja yang sama seperti sebelumnya yang dianggarkan seberat 18.629 kilogram dengan jumlah RM 46,730.00.

Tak Sedar Bawa Bagasi Berisi 18kg Ganja, Mangsa Keldai Dadah Ditahan Di Lapangan Terbang Kuching
Foto : BERNAMA

Melalui semakan, bagasi tersebut tiba dari Kuala Lumpur pada 2 April yang lalu dan tidak dituntut oleh mana-mana individu. Pihak kastam yakin bahawa bagasi tersebut sengaja ditinggalkan apabila menyedari banyak pemeriksaan dan kawalan ketat yang dilakukan oleh pihak Kastam di pintu masuk lapangan terbang itu. Individu yang dipercayai meninggalkan bagasi tersebut pula terus dikuarantin di Kuching pada ketika itu. Walau bagaimanapun, pihaknya akan menyemak rekod penerbangan dan melakukan tangkapan dalam masa terdekat.

Bagasi tersebut disita di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Kedua-dua tangkapan ini menjadikan jumlah rampasan pihak Kastam adalah sebanyak 36 kilogram dengan nilai keseluruhan RM 92,330.00.

Justeru, elakkan diri anda daripada terjebak dengan aktiviti ini. Sekiranya anda mempunyai maklumat berkenaan sebarang aktiviti penyeludupan, hubungi talian bebas tol Pihak Kastam 1-800-88-8855 atau menghubungi pejabat Kastam terdekat di negeri anda. Setiap identiti pemberi maklumat adalah rahsia.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article BPR Fasa Kedua Bakal Diagihkan Jumaat Ini Kepada 8.4 Juta Penerima
Next Article Kotak Kek Lapis Sarawak Ditebuk, Netizen Berang Barang Kiriman Banyak Lesap Dan Rosak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?