• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

BSMF Rancang Bakal Adakan Siri Mini Festival Di Luar Kuching

Oleh
Husna Hazmi
13 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Borneo Sonic Music Festival mini sedang dipertimbangkan

BSMF Rancang Bakal Adakan Siri Mini Festival Di Luar Kuching. BME International (Malaysia) Sdn Bhd memberi bayangan bahawa Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2024 mungkin akan berkembang ke luar Kuching, menjadikan festival ini lebih inklusif kepada kawasan lain di Borneo.

Pengarah Pengurusan merangkap pengasas BSMF, Steven Au, berkata pihaknya sedang mempertimbangkan untuk mengadakan siri mini BSMF di beberapa lokasi terpilih di kepulauan Borneo. Festival mini ini akan menjadi acara pra-festival sebelum acara utama di Kuching.

BSMF Rancang Bakal Adakan Siri Mini Festival Di Luar Kuching
BSMF Rancang Bakal Adakan Siri Mini Festival Di Luar Kuching

Miri dan Sabah untuk penganjuran BSMF mini

Dilaporkan semalam, beliau berkata pihaknya sedang meneroka potensi Miri dan Sabah untuk penganjuran BSMF mini ini. Acara pra-festival ini mungkin akan diadakan pada bulan Ogos atau April, diikuti dengan acara utama pada Oktober.

Apabila ditanya pula mengenai penganjuran BSMF pada tahun 2025, Steven menyatakan bahawa perancangan sedang berjalan dan beberapa artis telah dikenalpasti secara lisan untuk diundang.

BSMF Rancang Bakal Adakan Siri Mini Festival Di Luar Kuching
Sumber foto: Ephrem Miche

Rancang pelbagai aktiviti menarik

Tambahnya lagi, pihaknya ingin mengekalkan suasana festival muzik yang menyeronokkan, jadi mereka sedang merancang pelbagai aktiviti menarik.

Selain itu, Steven juga menambah bahawa pelbagai aktiviti permainan akan dirancang sebagai tarikan tambahan untuk edisi BSMF yang akan datang.

BSMF merupakan festival muzik yang menampilkan barisan artis tempatan dan antarabangsa seperti Yuna, Judika, Rain, Jessi, dan ramai lagi.

Tahun ini, festival ini diadakan selama dua hari, dari 11 hingga 12 Oktober, di Stadium Sarawak. Pada hari pertama, festival menarik sekitar 10,000 pengunjung, manakala hari kedua menyaksikan kehadiran seramai 20,000 orang.

Lagi artikel menarik untuk anda di sini:

Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Oktober 2024 Di Sabah
Persembahan Artis Tempatan Dan Antarabangsa Di BSMF 2024 Tarik 10,000 Peminat Pada Hari Pertama

SUMBER :TVS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Akademi Aeroangkasa Centexs Di Lundu Pacu Kemajuan Teknologi Sarawak
Next Article Kejayaan Bonnie Bukti ‘Anak Kampung’ Boleh Berjaya Di Peringkat Antarabangsa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?