• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buat Aksi Wheelie Di Masja Kuching, 3 Remaja Ditahan Polis

Oleh
Ismail NA
28 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Port lepak penunggang motorsikal di waktu senja.

Buat Aksi Wheelie Di Masja Kuching, 3 Remaja Ditahan Polis. Nak lepak, tak salah. Tapi yang salahnya adalah apabila melakukan pelbagai aktiviti yang menyalahi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, satu operasi trafik telah dijalankan di kawasan Masja, Kuching, Sarawak pada 26 Jun 2022 yang lalu.

Buat Aksi Wheelie Di Masja Kuching, 3 Remaja Ditahan Polis
Buat Aksi Wheelie Di Masja Kuching, 3 Remaja Ditahan Polis. Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching

Ops Samseng Jalanan keluarkan 143 saman pelbagai kesalahan

Operasi yang dinamakan sebagai ‘Operasi Samseng Jalanan’ itu telah mengeluarkan sebanyak 143 saman pelbagai kesalahan termasuk mengubah suai struktur peralatan kenderaan dengan 22 saman, nombor plat yang tidak mengikut peraturan (19 saman), tiada cermin sisi (18 saman) dan pelbagai lagi kesalahan yang lain.

Buat Aksi Wheelie Di Masja Kuching, 3 Remaja Ditahan Polis
Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching

Remaja buat ‘wheelie’ tumpas

Dalam operasi yang sama, tiga orang remaja berusia 18 hingga 20 tahun turut ditangkap dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuching kerana didapati melakukan aksi wheelie yang dikhuatiri mendatangkan mudarat kepada diri dan pengguna jalan raya yang lain. Tiga remaja ini disiasat di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 atas kesalahan memandu secara melulu.

Buat Aksi Wheelie Di Masja Kuching, 3 Remaja Ditahan Polis
Gamabr hiasan. Sumber: Utusan

Kesalahan di bawah akta ini boleh dikenakan denda sehingga RM 5,000 sehingga RM 15,000, penjara tidak kurang dari 5 tahun dan hilang kelayakan lesen sehingga 5 tahun.

Operasi itu telah memeriksa 55 buah kenderaan dan 67 orang manakala sebanyak 20 buah motosikal telah disita.

Buat Aksi Wheelie Di Masja Kuching, 3 Remaja Ditahan Polis
Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching
Buat Aksi Wheelie Di Masja Kuching, 3 Remaja Ditahan Polis
Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching

Ibu Pejabat Daerah Kuching juga menegaskan bahawa pihaknya akan melakukan operasi secara berterusan bagi membanteras kegiatan jenayah lalulintas serta mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, terutamanya kemalangan maut.

Kebelakangan ini, banyak kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab di sekitar Kuching dan Samarahan:

SUMBER :Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lama Tergendala, Projek Lampu Isyarat Expressway Kuching-Samarahan Akan Disambung Semula Bulan Depan Lama Tergendala, Projek Lampu Isyarat Expressway Kuching-Samarahan Akan Disambung Semula Bulan Depan
Next Article [VIDEO] Budak Tergelincir Jatuh Sungai Semasa Lalu Jambatan Usang Buat Netizen Geram

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?