• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gelagat Kancil Lawan Arus Depan Jalan Salcra Samarahan Undang Sindiran Netizen

Oleh
Ismail NA
20 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Ingatkan Myvi dah cukup lihai, rupanya ada lagi yang lebih dahsyat.

Menerusi hantaran laman Facebook Sarawak Roads Update, sebuah kancil berwarna perak-hitam dilihat melawan arus menggunakan laluan motorsikal tidak jauh dari Bangunan Salcra, Kota Samarahan.

Untuk pengetahuan anda, kereta Kancil merupakan model pertama yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar kenderaan negara, Perodua.

Gelagat Kancil Lawan Arus Depan Jalan Salcra Samarahan Undang Sindiran Netizen
Gelagat Kancil Lawan Arus Depan Jalan Salcra Samarahan Undang Sindiran Netizen. Sumber: FB Sarawak Roads Update

Kancil yang ‘ditangkap’ melakukan kesalahan jalan raya ini pula merupakan model kancil terawal yang keluar sekitar tahun 1994 ke awal 2000. Namun, bahagian badannya diubah suai dengan warna yang berlainan daripada warna asal.

Gelagat Kancil Lawan Arus Depan Jalan Salcra Samarahan Undang Sindiran Netizen
Sumber: FB Sarawak Roads Update

Meskipun kelihatan sedikit uzur, tindakan kancil ini melawan arus mendapat perhatian netizen kerana ianya jarang-jarang berlaku. Apatah lagi saiznya yang kecil daripada kenderaan biasa yang anda lihat di jalan raya, perbuatan melawan arus tentunya sesuatu yang ‘berani bencer’ dan merbahaya daripada kereta ini.

“Biasanya potong laluan, sekarang dah berani lawan arus” – Netizen

Rata-rata netizen yang melihat tindakan berani mati kereta Kancil ini menegur tindakan kancil tersebut dengan nada sindiran.

Malah tidak lupa juga ada yang menanda laman Facebook rasmi JPJ Sarawak agar perbuatan ini mendapat perhatian pihak berkuasa.

Gelagat Kancil Lawan Arus Depan Jalan Salcra Samarahan Undang Sindiran Netizen
Sumber: FB Sarawak Roads Update
Gelagat Kancil Lawan Arus Depan Jalan Salcra Samarahan Undang Sindiran Netizen
Sumber: FB Sarawak Roads Update

Belum bertemu buku dia ni. Nasib masih baik kalau belum jumpa. Tunggu hari saja”,

Netizen
Gelagat Kancil Lawan Arus Depan Jalan Salcra Samarahan Undang Sindiran Netizen
Sumber: FB Sarawak Roads Update
Gelagat Kancil Lawan Arus Depan Jalan Salcra Samarahan Undang Sindiran Netizen

Selalu jumpa kenderaan buat dekat jalan ni. Mujur tak pakai jalan ini tiap petang untuk pulang kerja. Petang ini boleh ‘usha’ dekat sini. Gerenti ada orang pakai jalan macam ni,”

Netizen

Perbuatan melawan arus adalah suatu jenayah jalan raya dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna jalan raya yang lain. Diharap semoga pengguna jalan raya yang sering melalui jalan ini lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya.

Jangan nanti sudah terhantuk, baru nak tengadah. Menyesal pun tidak berguna.

Jalan Samarahan berdekatan bangunan Salcra terkenal dengan sikap pengguna jalan raya yang membahayakan pengguna yang lain. Berikut adalah beberapa kejadian yang berlaku kebelakangan ini:

SUMBER :FB Sarawak Roads Update
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Perlu Beratur Panjang Lagi! Rotiboy Kini Sudah Buka Cawangan Kedua Di Kuching
Next Article Wanita Ini Kongsi Sikap Toleransi Antara Keluarga Kristian Dan Muslim Di Majlis Perkahwinan Di Beluran

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?