• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buat Gaya Suap Mulut Lepas Jaringkan Gol, Netizen Luah Simpati Lihat Aksi Pemain SUFC

Oleh
ILB - AI
26 Ogos 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Buat Gaya Suap Mulut Lepas Jaringkan Gol, Netizen Luah Simpati Lihat Aksi Pemain SUFC

Sampai bila mereka tidak dibayar gaji?

Buat Gaya Suap Mulut Lepas Jaringkan Gol, Netizen Luah Simpati Lihat Aksi Pemain SUFC. Baru-baru ini, seorang pemain Sarawak United FC (SUFC), Uche Agba dilihat melakukan gaya meminta makanan setelah menjaringkan gol, umpama memberi tanda bahawa mereka belum menerima gaji.

Perkara ini berlaku selepas para pemain kelab bola sepak itu tidak menerima sebarang gaji sejak tiga bulan lalu – menimbulkan kekecohan dan simpati netizen terhadap nasib pemain.

Buat Gaya Suap Mulut Lepas Jaringkan Gol, Netizen Luah Simpati Lihat Aksi Pemain SUFC

Gaji tertunggak selama hampir 4 bulan

Sebelum ini, peminat kelab bola sepak itu serta peminat bola sepak yang bersimpati menyedari situasi itu apabila Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFA Malaysia) mengumumkan bahawa pihak mereka telah menerima laporan daripada pemain SUFC bahawa gaji mereka ditangguhkan hampir empat bulan.

Hashtag #SolidaritiUntukPemain juga banyak digunakan di media sosial bagi menyedarkan perkara itu, dengan PFA Malaysia berusaha untuk menghantar notis kepada SUFC sebanyak dua kali – masing-masing pada 14 Jun 2022 dan 8 Julai 2022. Walaupun menerima maklum balas daripada kelab bola sepak itu yang menyatakan mereka akan melunaskan tunggakan gaji, pemain dari SUFC masih belum menerima sebarang gaji setakat 24 Ogos 2022.

Kredit foto: IG @pfamalaysia

Bukan sahaja pemain masih belum menerima gaji, mereka juga terpaksa mengosongkan premis mereka berikutan kelab bola sepak itu gagal membayar sewa kediaman mereka.

Yang lebih menyedihkan, dalam sebuah video dikongsi oleh Juju Komeng menerusi Facebook semalam, Uche Agba ditunjukkan membuat isyarat suap mulut semasa meraikan gol semasa perlawanan baru-baru ini, menandakan bahawa mereka masih belum menerima gaji mereka setakat ini.

Tangkapan layar dari kilp video menunjukkan Uche Agba melakukan tanda suap mulut selepas menjaringkan gol. Kredit foto: FB Juju Komeng

“Pengurusan tidak berasa simpati kepada pemain bola sepak Sarawak?” – netizen

Rata-rata peminat Kelab SUFC bersimpati dengan pemain kelab bola sepak terbabit dan ada juga yang memarahi pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kebajikan pemain kelab tersebut.

Antaranya seperti:

Kredit foto: FB Juju Komeng
Kredit foto: FB Juju Komeng
Kredit foto: FB Juju Komeng

Bukan peminat Sarawak sahaja yang kecewa dengan layanan buruk terhadap pemain SUFC.

Video itu turut dikongsi Harimau Malaya di Facebook, mencetuskan kemarahan dan simpati daripada para peminat bola sepak dari negeri lain juga.

Kredit foto: FB HarimauMalaya
Kredit foto: FB HarimauMalaya
Kredit foto: FB HarimauMalaya
Kredit foto: FB HarimauMalaya

Kerajaan negeri akan meneliti isu pembayaran gaji

Baru-baru ini pula, ia dilaporkan kerajaan Sarawak kini meneliti isu pembayaran gaji melibatkan pemain SUFC dan ingin menyelesaikannya secepat mungkin.

Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, perkara itu telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Kabinet negeri semalam dan pihak mereka sedang mendapatkan perincian berhubung masalah tersebut.

Bukan saya sahaja yang tidak senang mengenai isu ini, malah Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) juga. Saya diberi arahan oleh beliau untuk melihat di mana silapnya dan akan berusaha selesaikan masalah ini secepat mungkin,”

katanya.

Tambahnya lagi, pihak mereka akan berjumpa dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais, dan pemain yang membuat laporan tersebut bagi mencari punca masalah itu.

Beliau juga berharap pengurusan FAS dapat menyelesaikan masalah tersebut kerana ia boleh mencemarkan nama negeri dan tidak mahu mereka yang berjuang atas nama Sarawak dipinggirkan oleh sebab masalah ini.

Kredit foto: FB Sarawak United FC Official

Kita tak terima gaji sebulan sudah berasa, apatah lagi mereka yang tidak menerima gaji selama berbulan-bulan. Semoga pemain SUFC akan dibayar gaji mereka secepat mungkin – mereka pun masing-masing mempunyai keluarga untuk ditanggung.

Sebelum ini, pemain SUFC telah dijanjikan akan dibayar dalam masa dua minggu tetapi belum menerima bayaran setakat ini:

Pemain Kena Hadap Notis Kosongkan Rumah, Sarawak United FC Jamin Bayar 2 Minggu Lagi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lumba Haram Motosikal Di Atas Jalan, Dua Remaja Pula Jadi Mangsa Kemalangan Di Miri Lumba Haram Motosikal Di Atas Jalan, Dua Remaja Pula Jadi Mangsa Kemalangan Di Miri
Next Article Kenali 5 Kek Klasik Sarawak Yang Digemari Ramai Hingga Ke Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?