• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Kereta Tidak Bergerak Ketika PKPB, Ketahui 7 Langkah Untuk Menjaga Kereta Anda

Oleh
ILB - AI
22 Mac 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Ketahui langkah langkah untuk menjaga kereta anda

Kereta Tidak Bergerak Ketika PKPB, Ketahui 7 Langkah Untuk Menjaga Kereta Anda. Kes-kes Covid 19 kini semakin tidak dapat diramal dan kita dapat melihat usaha Kerajaan untuk menghentikan wabak itu daripada berleluasa. Antara salah satunya ialah PKPB.

Isi Isi Penting
  • Ketahui langkah langkah untuk menjaga kereta anda
  • 1. Hidupkan enjin anda sekurang kurangnya sekali dalam seminggu
  • 2. Gerakkan tayar depan dan belakang ketika memanaskan enjin
  • 3. Angkat wiper
  • 4.Jangan pasang penghawa dingin kereta selama 10 minit enjin kereta dipanaskan
  • 5. Periksa tekanan angin tayar
  • 6. Jaga kebersihan kereta
  • 7. Penjagaan Palam Pencucuh ( Spark Plug)
  • Baca juga artikel menarik :

Orang ramai dinasihati untuk duduk di rumah dan menghadkan pegerakan mereka ke luar. Bagi mereka yang mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta akan risau kerana kereta mereka akan lama tersidai dan mudah rosak. Jangan risau dengan langkah langkah ini kereta anda akan lebih terurus dan tidak rosak.

1. Hidupkan enjin anda sekurang kurangnya sekali dalam seminggu

Ini antara tips yang paling asas. Walaupun dengan teknologi kenderaan yang kian berkembang pesat, ia adalah satu fakta bahawa kenderaan perlu dihidupkan secara berkala (disyorkan sekali setiap tujuh hari) agar dapat mengekalkan fungsinya.

Kereta Tidak Bergerak Ketika PKPB, Ketahui 7 Langkah Untuk Menjaga Kereta Anda
Kereta Tidak Bergerak Ketika PKPB, Ketahui 7 Langkah Untuk Menjaga Kereta Anda

2. Gerakkan tayar depan dan belakang ketika memanaskan enjin

Ketika kereta anda tidak bergerak dan parkir pada tempat yang sama, bintik mendatar akan kelihatan pada tayar dan menyebabkan tayar kehilangan bentuk. Ini akan menyebabkan stering akan bergegar ketika memandu atas jalan yang rata. Jadi, untuk mengelakkan daripada kejadian ini daripada berlaku, gerakkan kenderaan anda ke hadapan dan ke belakang semasa memanskan enjin.

Kereta Tidak Bergerak Ketika PKPB, Ketahui 7 Langkah Untuk Menjaga Kereta Anda
Kereta Tidak Bergerak Ketika PKPB, Ketahui 7 Langkah Untuk Menjaga Kereta Anda

3. Angkat wiper

Ia dinasihatkan untuk mengangkat pengilap cermin ketika kereta parkir di bawah sinaran matahari. Jika pengilap cermin di tidak diangkat ini akan menyebabkan getah pada bilah pengilap cermin tersebut menjadi keras dan kuran efektif ketika menggunakannya.

Kereta Tidak Bergerak Ketika PKPB, Ketahui 7 Langkah Untuk Menjaga Kereta Anda
Kereta Tidak Bergerak Ketika PKPB, Ketahui 7 Langkah Untuk Menjaga Kereta Anda

4.Jangan pasang penghawa dingin kereta selama 10 minit enjin kereta dipanaskan

Bateri merupakan komponen asas pada kereta dan antara tugas utamanya ialah untuk menghidupkan kenderaan dan menyediakan kuasa elektrik ke bahagian lain. Altenator tidak dapat mengecas bateri jika enjin kereta tidak dihidupkan secara kerap. Dengan menghidupkan enjin selama 10 minit akan membolehkan altenator untuk menjalankan tugasnya. Jangan lupa untuk pastikan pendingin hawa tidak dipasangkan semasa 10 minit pertama enjin kereta dipanaskan untuk mengelakkan penarikan kuasa pada bateri ketika altenator sedang mengecas.

Kereta Tidak Bergerak Ketika PKPB, Ketahui 7 Langkah Untuk Menjaga Kereta Anda
Kereta Tidak Bergerak Ketika PKPB, Ketahui 7 Langkah Untuk Menjaga Kereta Anda

5. Periksa tekanan angin tayar

Pastikan tekanan angin tayar diperiksa setiap dua minggu bagi memastikan angin cukup berdasarkan jumlah yang disyorkan. Ini untuk memastikan kereta anda tidak hilang kawalam ketika membelok dan ini boleh membahayakan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain. Jika anda tidak pasti akan tekanan angin yang mencukupi bagi kereta anda, rujuk pada cadangan tekanan oleh pengeluar pada bahagian dalam pintu pemandu.

Kereta Tidak Bergerak Ketika PKPB, Ketahui 7 Langkah Untuk Menjaga Kereta Anda
Kereta Tidak Bergerak Ketika PKPB, Ketahui 7 Langkah Untuk Menjaga Kereta Anda

6. Jaga kebersihan kereta

Anda mungkin berpendapat yang tips ini amat remeh tetapi meningglkan benda yang boleh mereput dan busuk boleh mengundang pelbagai benda yang tidak elok dalam kereta. Sebagai contoh, meningglkan makanan dalam kereta atau sampah boleh mengundang lipas dan tikus untuk berumah di dalam rumah. bukan sahaja kereta akan kotor malah akan mengakibatkan pelbagai kerosakan interior dan kerosakan bank akaun anda untuk membaikinya.

Kereta Tidak Bergerak Ketika PKPB, Ketahui 7 Langkah Untuk Menjaga Kereta Anda
Kereta Tidak Bergerak Ketika PKPB, Ketahui 7 Langkah Untuk Menjaga Kereta Anda

7. Penjagaan Palam Pencucuh ( Spark Plug)

Ia disarankan untuk mencabut spark plug dan semburkan dengan sedikit minyak atau minyakk pelincir sebelum masukkan semula ke tempatnya semula. Ini untuk mengelak silender (cylinder-head) berkarat dan elakkan dari terdapat kelembapan wujud sekitarnya. Anda juga boleh masuk additives untuk mewujudkan ‘protective coating’ dalam enjin kereta anda jika memiliki bajet yang lebih.

Kereta Tidak Bergerak Ketika PKPB, Ketahui 7 Langkah Untuk Menjaga Kereta Anda
Kereta Tidak Bergerak Ketika PKPB, Ketahui 7 Langkah Untuk Menjaga Kereta Anda

Penjagaan kereta tak semestinya terhad kepada yang mempunyai kereta malah yang berhajat untuk memeliki kereta sendiri juga boleh manfaatkannya suatu hari kelak. Semoga artikel ini dapat memberi serba sedikit infomasi berkenaan penjagaan kereta semasa dan selepas PKPB.

Baca juga artikel menarik :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Malaysia Airlines Perkenal Satay Ikonik Yang Boleh Dipesan Dari Rumah Sahaja
Next Article Buat Kacau Dan Ancam Penduduk Kampung, Buaya Seberat 300 Kilogram Berjaya Ditangkap

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?