• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buat Surat Tawaran Kerja Palsu, Sekumpulan Lelaki Akhirnya Kantoi Rentas Negeri

Oleh
Ismail NA
22 Mei 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Mereka Telah Melepasi 3 ‘Roadblock’ Polis Sebelum Kantoi

Buat Surat Tawaran Kerja Palsu, Sekumpulan Lelaki Akhirnya Kantoi Rentas Negeri. Sejak semalam, perjalanan rentas negeri tidak lagi dibenarkan sama sekali seperti yang telah dinyatakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Isi Isi Penting
  • Empat orang lelaki yang berusia antara 20 hingga 37 tahun telah ditahan polis di sekatan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Perasing, Chukai, Terengganu.
  • Mereka menaiki sebuah kereta Proton Persona berwarna hitam dan ditahan sekitar jam 9.15 pagi tadi.
  • Walau pun rakyat Sarawak yang pulang dan dikuarantin tidak perlu membayar kos kuarantin hotel, namun perjalanan rentas daerah di negeri ini masih tidak dibenarkan walau pun peraturan tersebut dibenarkan di Semenanjung. Baca selanjutnya di sini :
  • Jangan lupa ikuti panduan SOP yang dikeluarkan oleh MKN sepanjang sambutan raya pada tahun ini :

Namun demikian, percubaan berani sekumpulan lelaki ini akhirnya terbongkar apabila gagal melepasi sekatan jalan raya yang keempat.

Empat orang lelaki yang berusia antara 20 hingga 37 tahun telah ditahan polis di sekatan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Perasing, Chukai, Terengganu.

Mereka menaiki sebuah kereta Proton Persona berwarna hitam dan ditahan sekitar jam 9.15 pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, sepasukan pegawai dan anggota yang bertugas di sekatan jalan raya tersebut menahan kenderaan terbabit sebelum meminta mereka menunjukkan surat kebenaran rentas negeri yang sepatutnya didapatkan daripada pihak polis.

Buat Surat Tawaran Kerja Palsu, Sekumpulan Lelaki Akhirnya Kantoi Rentas Negeri
Kredit : FB Info Roadblock JPJ/Polis

Pemandu Diupah RM 350 Untuk Perjalanan Dari Selangor Ke Kelantan

Namun, mereka mendakwa tidak mempunyai surat kebenaran tersebut. Setelah disiasat dengan lanjut, salah seorang lelaki tersebut yang juga merupakan pemandu telah mengaku bertugas untuk menghantar tiga lagi lelaki tersebut ke Besut dan Kelantan.

Bukan itu sahaja, pemandu tersebut juga telah menerima upah sebanyak RM350 untuk menghantar 3 lelaki tersebut dengan alasan mereka mendapat tawaran bekerja di negeri pantai timur itu.

Mereka juga mempunyai surat tawaran yang digunakan untuk tujuan perjalanan tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak polis segera memeriksa surat berkenaan dan mendapati bahawa alamat di dalam surat berkenaan tidak wujud.

Buat Surat Tawaran Kerja Palsu, Sekumpulan Lelaki Akhirnya Kantoi Rentas Negeri
Buat Surat Tawaran Kerja Palsu, Sekumpulan Lelaki Akhirnya Kantoi Rentas Negeri
Kredit : FB Info Roadblock JPJ/Polis

Mereka akhirnya mengaku bahawa surat tawaran tersebut adalah palsu yang dibuat oleh abang kepada salah seorang rakan mereka.

Lepas 3 ‘Roadblock’ Sebelum Akhirnya Kantoi Rentas Negeri

Sebelum melalui sekatan jalan raya tersebut, mereka mengakui telah melepasi 3 lagi sekatan jalan raya di Kajang, Gombak dan Bentong menggunakan surat palsu berkenaan.

Buat Surat Tawaran Kerja Palsu, Sekumpulan Lelaki Akhirnya Kantoi Rentas Negeri
Kredit : FB Info Roadblock JPJ/Polis

Keempat-empat mereka telah dikenakan kompaun atas kesalahan melakukan perjalanan rentas negeri tanpa permit sebelum diarahkan berpatah balik.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Kekal berada di rumah dan sambut lah perayaan kali ini dengan penuh rasa keinsafan dan kesederhanaan. Nyawa tiada galang gantinya.

Walau pun rakyat Sarawak yang pulang dan dikuarantin tidak perlu membayar kos kuarantin hotel, namun perjalanan rentas daerah di negeri ini masih tidak dibenarkan walau pun peraturan tersebut dibenarkan di Semenanjung. Baca selanjutnya di sini :

Jangan lupa ikuti panduan SOP yang dikeluarkan oleh MKN sepanjang sambutan raya pada tahun ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Setelah 8 Hari Tanpa Kes Baru, Sarawak Hari Ini Catat Kembali 1 Kes Positif Setelah 8 Hari Tanpa Kes Baru, Sarawak Hari Ini Catat Kembali 1 Kes Positif
Next Article TERKINI : Sarawak Setakat Ini Rekod 19 Kes Positif Semula Setelah Sembuh

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?