• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI : Sarawak Setakat Ini Rekod 19 Kes Positif Semula Setelah Sembuh

Oleh
Ismail NA
22 Mei 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Pesakit Diuji Semula Selepas 2 Minggu Discaj Dari Hospital

TERKINI : Sarawak Setakat Ini Rekod 19 Kes Positif Semula Setelah Sembuh. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini telah mengeluarkan statistik di mana terdapat 1 kes positif baharu dicatatkan di Sarawak hari ini. Selain itu, negeri ini turut merekodkan 19 kes positif semula setelah sembuh. Ia merupakan rekod kes sembuh positif semula buat pertama kali di Sarawak.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, sebanyak 9 kes dikesan di Kuching, 8 kes di Sibu dan 2 kes di Bintulu. Kesemua mereka dimasukkan semula ke hospital di tiga bandar berkenaan.

TERKINI : Sarawak Setakat Ini Rekod 19 Kes Positif Semula Setelah Sembuh
TERKINI : Sarawak Setakat Ini Rekod 19 Kes Positif Semula Setelah Sembuh

Berdasarkan prosedur KKM, pesakit yang telah sembuh sepenuhnya dan discaj dari hospital dikehendaki untuk melakukan ujian semula selepas 2 minggu keluar dari hospital. Ia bagi memastikan virus tersebut benar-benar hilang dari badan pesakit.

Sebelum ini, 5 pesakit yang telah pulih dan sembuh sepenuhnya di Sabah telah dijangkiti semula setelah dilakukan ujian susulan selepas discaj.

TERKINI : Sarawak Hari Ini Rekod 19 Kes Positif Semula Setelah Sembuh
Kredit : RojakDaily

Pesakit Boleh Dijangkiti Semula Jika Antibodi Tidak Kukuh – DG Hisham

Walau bagaimanapun, menurut DG Hisham, peratusan potensi jangkitan semula adalah rendah. Namun, ada sesetengah individu yang boleh dijangkiti semula walaupun keputusan ujian negatif sebanyak 2 kali berturut-turut. Hal ini kerana setiap individu mempunyai tahap antibodi yang berbeza.

Oleh yang demikian, individu yang mempunyai antibodi yang tidak kukuh berpotensi untuk dijangkiti semula. Tambahnya lagi, pihak hospital akan memberikan kaunseling

Berhubung kes sebegini, Centers for Disease Control and Prevention, pula menjelaskan bahawa RNA yang dikesan pada pesakit positif semula tidak semestinya menunjukkan kehadiran virus yang berjangkit. Dalam erti kata lain, ujian semula mungkin mengesan cebisan RNA yang tertinggal berbanding RNA penuh yang kukuh dan berjangkit.

TERKINI : Sarawak Hari Ini Rekod 19 Kes Positif Semula Setelah Sembuh
Kredit : Art Chen via The Star

Kenyataan ini juga disokong oleh kajian yang dibuat oleh Korean Centers for Disease Control and Prevention yang menyatakan bahawa pesakit yang positif semula ini membawa jangkitan seperti sebelumnya. Sampel yang diambil daripada 285 pesakit yang positif semula juga menunjukkan virus tersebut tidak berganda semasa uji kaji makmal.

Malah, Dr. Ania Wajnberg, timbalan pengarah perubatan di Icahn School of Medicine, Mount Sinai, New York juga menyatakan perkara yang sama dan mengatakan ia hanya serpihan virus yang tidak lagi hidup.

Walau bagaimanapun, DG Hisham menyarankan agar pesakit yang telah sembuh dan discaj dari hospital ini untuk sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi, sentiasa mencuci tangan, serta melakukan penjarakan sosial.

Sarawak mencatatkan 1 kes positif setelah 8 hari bebas kes positif baharu. Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Surat Tawaran Kerja Palsu, Sekumpulan Lelaki Akhirnya Kantoi Rentas Negeri
Next Article Pegawai Hadir Mesyuarat Positif COVID-19, Perdana Menteri Jalani Kuarantin Wajib 14 Hari

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?