• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buaya Sepanjang 14 Kaki Ditemui Tersangkut Jerat Di Jalan Coastal Bintulu

Oleh
Husna Hazmi
11 Disember 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Buaya sepanjang 14 kaki tersangkut pada jerat yang di pasang di jalan Coastal Bintulu.

Buaya Sepanjang 14 Kaki Ditemui Tersangkut Jerat Di Jalan Coastal Bintulu. Pekerja ladang kelapa sawit di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri telah dikejutkan dengan penemuan seekor buaya sepanjang 14 kaki yang terperangkap dalam jerat di kawasan parit petang semalam.

Pekerja ladang tersebut yang bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku, kemudiannya menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Batu Niah untuk menangkap buaya tersebut.

Tindakan sesuai dan selamat dilakukan oleh pihak Bomba

“Sepasukan anggota bomba dari BBP Batu Niah ke lokasi kejadian yang terletak 20 kilometer dari balai berkenaan sejurus menerima panggilan pada 3.20 petang,” menurut Ketua BBP Batu Niah, Francis Angeh.

Menurut beliau, pihaknya tidak dapat memastikann apakah tujuan jerat yang memerangkap buaya itu dipasang.

“Selepas melakukan pemerhatian serta tindakan sesuai dan selamat, pasukan bomba menggunakan tali bagi mengikat reptilia berkenaan sebelum menariknya ke darat untuk diselamatkan.

Buaya Sepanjang 14 Kaki Ditemui Tersangkut Jerat Di Jalan Coastal Bintulu

Buaya itu berjaya berjaya diikat

“Sejurus buaya itu berjaya berjaya diikat, pasukan bomba menarik buaya berkenaan ke darat dengan bantuan pegawai dari Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan pekerja ladang.

“Anggota bomba mengambil masa hampir dua jam bagi mengikat serta menarik buaya terbabit ke darat sebelum operasi ditamatkan pada 5.47 petang,” tambah beliau.

Beliau juga berkata bahawa, buaya berkenaan kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk tindakan yang lebih lanjut.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Teman Wanita Tak 'Lari' Walaupun Lebih Berjaya Buatkan Lelaki Ini Nekad Berusaha Untuk Tingkatkan Diri Teman Wanita Tak ‘Lari’ Walaupun Lebih Berjaya Buatkan Lelaki Ini Nekad Berusaha Untuk Tingkatkan Diri
Next Article Dua Lelaki Ini Tampil Kreatif Hasilkan Cover Lagu Christmas Guna Sape Dua Lelaki Ini Tampil Kreatif Hasilkan Cover Lagu Christmas Guna Sape

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?