Doing it Sarawak style
Dua Lelaki Ini Tampil Kreatif Hasilkan Cover Lagu Christmas Guna Sape. Walaupun tahun 2020 tahun yang mencabarkan bagi banyak orang, setiap musim perayaan tetap disambut walaupun banyak keluarga tidak dapat meraikan bersama.
Untuk dua lelaki yang berketurunan Lun Bawang ini, mereka memutuskan untuk menambahkan semangat Krismas dengan membuat sebuah cover lagu Krismas dengan hanya sape dan gitar akustik!
Reening dan Gideon
Gideon ialah salah satu ahli band dari Sarawak, Meruked dan pemain sape kumpulan tersebut manakala Reening ialah seorang penyanyi-pemuzik. Bersama-sama, mereka menghasilkan sebuah cover ‘O Holy Night’ dengan hanya menggunakan sape dan gitar akustik.
Sebelum ini, mereka telah membuat sesi jamming spontan dengan hanya menggunakan dua instrumen tersebut. Anda boleh lihat rakaman pertama mereka di bawah:
Sape JamSo Gideon Reed and I came together for a project a few weeks back as one client wanted a song with Sape and guitar to share at a conference. After recording the song, we decided to record a spontaneous jam sesh to end the night and I thought it would be a good idea to share the video of the jam here. Hope you enjoy it!#sape #sarawakmusician #local #sapejam
Posted by Reening Lau on Monday, November 16, 2020
Menurut Reening, sesi jamming terbabit adalah hasil permintaan seorang pelanggan yang ingin menggunakan sampel sape untuk sebuah persidangan gereja.
“Saya kemudian menghubungi Gideon dan kami berdua memulakan rakaman gitar akustik dan sape. Semasa merakam cover lagu itu, kami juga memutuskan untuk merakam sebuah sesi jamming yang simple untuk melihat apa yang dapat kami hasilkan secara spontan,” kata Reening.
Mendapat sambutan yang baik, memutuskan untuk membuat cover lagu Krismas
Setelah menerima sambutan yang baik dan galakan daripada penonton dalam talian mereka, mereka berdua memutuskan untuk menghasilkan sebuah cover lagu Krismas iaitu O Holy Night.
Cover tersebut mengambil masa sekitar 2 jam untuk dirakam. Reening meletakkan beberapa synth analog untuk menghasilkan suasana yang diingini manakala Gideon menghasilkan sebuah line tambahan sape yang lebih rendah oktaf sebelum mix tersebut diselesaikan oleh Reening.
Setelah kira-kira satu jam menghabiskannya, Reening kemudian menghantarkan hasil rakaman itu ke Gideon untuk dimuat naik menerusi media sosial peribadi Gideon.
Kini, video tersebut telah menjadi tular dan ditonton oleh lebih daripada 17k penonton setakat penulisan ini!
Anda boleh lihat video tersebut di bawah:
Christmas in 2 weeks time. Here’s a christmas cover me and Reening Lau did just for you. We would like to wish each and everyone of you a Merry Christmas in advance! #Oholynight
Posted by Gideon Reed on Tuesday, December 8, 2020
Tenang jak dengar, kan?
Untuk mendengar lagi muzik mereka, anda boleh follow media sosial Reening di INSTAGRAM dan Gideon menerusi media sosial band beliau iaitu MERUKED!