• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buaya Tanah, Penjaga Sawah Padi Masyarakat Iban Yang Dilupakan

Oleh
Ismail NA
16 November 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Efigi buaya tanah yang semakin lapuk ditelan zaman

Buaya Tanah, Penjaga Sawah Padi Masyarakat Iban Yang Dilupakan. Bayangkan suatu ketika dahulu, di tepian sawah padi masyarakat Iban, terdapat sepasang ‘buaya’ yang bukan calang-calang. Bukan buaya hidup, tetapi sepasang efigi buaya gergasi yang diperbuat daripada tanah – dikenali sebagai Buaya Tanah atau ‘baya tanạh’ dalam loghat Iban.

Buaya Tanah Iban ini menjadi ‘superhero’ kepada sawah padi masyarakat Iban. Setiap tahun, menjelang bulan Oktober atau November, penduduk kampung akan berkumpul untuk menjalankan upacara ‘mali umai’ – satu ritual istimewa untuk mencipta pasangan Buaya Tanah ini.

Buaya Tanah, Penjaga Sawah Padi Masyarakat Iban Yang Dilupakan
Buaya Tanah, Penjaga Sawah Padi Masyarakat Iban Yang Dilupakan. Efigi buaya tanah yang dipelihara di Kubu Alice, Sri Aman.

Dibuat menghadap sungai, dihiasi dengan mangkuk kecil dan kepingan tembikar

Pembinaan Buaya Tanah ini penuh dengan simbolisme dan makna. Si jantan yang lebih besar selalunya diletakkan di sebelah kanan, manakala betina yang lebih kecil di sebelah kiri. Kedua-duanya diatur menghadap ke arah matahari terbit, seolah-olah mengawal sungai yang berdekatan. Bayangkan betapa hebatnya pemandangan ini – patung-patung gergasi sepanjang 2.5 hingga 4 meter, dengan kelebaran 0.5 hingga 0.8 meter, dihiasi dengan mata dari mangkuk kecil dan sisiknya dari kepingan pinggan tembikar.

Penduduk dilarang keluar rumah selama tiga malam selepas ritual diadakan

Menurut kepercayaan nenek moyang Iban, Buaya Tanah ini bukan sekadar hiasan. Selepas upacara ‘mali umai’, roh Buaya Tanah akan ‘bangkit’ pada waktu malam untuk memburu musuh-musuh tanaman padi – dari tikus hingga ke belalang, siput dan serangga perosak. Begitu kuatnya kepercayaan ini sehingga penduduk dilarang keluar rumah selama tiga malam berturut-turut selepas upacara, kononnya untuk mengelakkan ‘serangan’ roh buaya yang sedang memburu perosak.

Yang menariknya, beberapa hari selepas upacara, penduduk kampung akan menjumpai bangkai-bangkai haiwan perosak di sekitar sawah – bukti ‘keberkesanan’ Buaya Tanah ini dalam melindungi tanaman mereka.

Buaya Tanah, Penjaga Sawah Padi Masyarakat Iban Yang Dilupakan
Gambar sekadar ilustrasi.

Peranan mistik Buaya tanah telah diganti dengan racun serangga

Namun, seperti kebanyakan tradisi lama, amalan membuat Buaya Tanah kini hampir pupus. Kemunculan racun serangga dan teknologi pertanian moden telah menggantikan peranan mistik sang buaya ini. Walaupun begitu, jejak-jejak sejarah masih boleh dilihat – tinggalan Buaya Tanah yang berusia antara 50 hingga 200 tahun masih boleh dijumpai di beberapa kawasan di Sarawak, termasuk Engkilili (San Tabut), Pantu, Banting, Batu Lintang, Undup, Skrang, Saratok, Kanowit dan Kapit.

Buaya Tanah bukan sekadar patung atau simbol kosong. Ia adalah bukti kebijaksanaan nenek moyang kita dalam mengharungi cabaran kehidupan, serta kesatuan erat antara manusia, alam dan kepercayaan tradisional. Walaupun kini diredam oleh pemodenan, kisah Buaya Tanah tetap menjadi sebahagian warisan berharga dalam mozaik budaya Malaysia.

Ketahui juga tentang adat Jadi Mali, upacara Iban untuk pasangan terlarang:

Jadi Mali, Adat Pernikahan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang
Kenali Pua Kumbu, Seni Tenunan Tekstil Istimewa Masyarakat Iban

SUMBER :Muzium Sri Aman (Kubu Alice), Sri Aman
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article S Pay Global Kini Menyokong Fungsi Duit Now QR
Next Article Tidak Lagi Digunakan, 4 Bahasa Asli Di Sarawak Kini Pupus Sudah Pupus, 4 Bahasa Asli Di Sarawak Ini Tidak Lagi Digunakan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?