• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jadi Mali, Adat Pernikahan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang

Oleh
Ismail NA
11 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Adat Untuk Selesaikan Kemelut Pasangan Yang Mempunyai Hubungan Keluarga Yang Sangat Dekat.

Jadi Mali, Adat Pernikahan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang. Masyarakat pribumi di Sarawak mempunyai pelbagai adat istiadat yang unik dan menarik untuk diketahui. Apatah lagi, ia adalah identiti sesebuah kaum dalam menjalani kehidupan seharian yang aman dan sejahtera

Isi Isi Penting
  • Adat Untuk Selesaikan Kemelut Pasangan Yang Mempunyai Hubungan Keluarga Yang Sangat Dekat.
  • Ngintu Adat Jadi Mali, Adat Untuk Elak Malapetaka Buat Pasangan Cinta Terlarang
  • Pasangan Perlu Mandi Darah Khinzir Dalam Sungai
  • Perlu Bayar Hukuman Juga
  • Kenali juga 5 tradisi perkahwinan unik yang terdapat di Sabah dan Sarawak :

Dalam urusan perkahwinan pula, masyarakat Iban di Sarawak masih berpegang teguh dengan adat tradisi mereka. Antaranya seperti adat Jadi Mali.

Adat Jadi Mali dilakukan sekiranya sesebuah pasangan bercinta yang ingin mendirikan rumah tangga mempunyai pertalian keluarga yang sangat dekat. Contohnya seperti ibu atau bapa saudara yang ingin mengahwini anak saudara. Kebiasaannya, hubungan ini tidak direstui oleh kedua-dua ibu bapa.

Jadi Mali, Adat Pernikahan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang

Sekiranya kedua-dua pasangan masih nekad untuk meneruskan hajat perkahwinan mereka, jalan penyelesaiannya ialah dengan mengadakan adat Jadi Mali ini. Adat ini juga dilakukan terhadap pasangan yang terpaksa berkahwin kerana si gadis telah hamil.

Ngintu Adat Jadi Mali, Adat Untuk Elak Malapetaka Buat Pasangan Cinta Terlarang

“Ngintu Adat Jadi Mali” atau hukum adat cinta terlarang merupakan adat perkahwinan yang dilakukan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang diingini seperti bencana atau malapetaka disebabkan oleh hubungan terlarang ini di masa depan.

Berdasarkan kepercayaan nenek moyang masyarakat Iban, perkahwinan pasangan jadi mali ini kebiasaannya akan mengundang malapetaka atau ‘kudik’ seperti tanah runtuh.

Mereka juga dikatakan tidak tenteram dalam melayari perkahwinan. Bahkan, pasangan ini akan selalu sakit dan kurang rezeki. Lebih malang, anak yang dilahirkan daripada perkahwinan ini akan lahir dalam keadaan kurang upaya.

Pasangan Perlu Mandi Darah Khinzir Dalam Sungai

Bagi mengelakkan terjadinya perkara sebegini, pasangan haruslah bermandikan darah khinzir di dalam sungai.

Syarat pertama untuk melakukan adat jadi mali ialah hubungan mestilah mendapat tentangan daripada ibu bapa pasangan tersebut.

Adat ini harus dilakukan di sungai di mana kedua-dua pasangan ini harus dimandikan dengan darah khinzir. Dalam pada masa yang sama, pasangan ini akan dipayungi dengan sehelai kain pua kumbu oleh dua orang wanita. Kedudukan pasangan ini pula hendaklah berada di sebelah hilir sungai.

Jadi Mali, Adat Pernikahan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang
Jadi Mali, Adat Pernikahan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang. Kredit : FB Anita Morgansenz
Jadi Mali, Adat Pernikahan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang
Kredit : FB Anita Morgansenz

Pada sebelah hulu sungai pula, penghulu kampung dan ketua adat akan menyembelih seekor khinzir. Ia haruslah dilakukan pada arah yang sama agar darah khinzir dapat mengalir melalu pasangan tersebut. Kemudian, doa atau ‘sampi’ akan dibacakan agar kehidupan pasangan tersebut dirahmati dan sentiasa dilindungi selama mendirikan rumah tangga.

Perlu Bayar Hukuman Juga

Pasangan yang melakukan adat ini juga hendaklah membayar sejumlah denda atau hukuman. Hukuman nya terdiri daripada sebuah tajau kecil (kebuk), piring kaca dan wang hukuman yang berjumlah RM 200 hingga RM 300. Bayaran ini ditentukan mengikut berapa dekat hubungan kekeluargaan sesebuah pasangan tersebut.

Jadi Mali, Adat Pernikahan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang
Tajau, sejenis bekas tradisi masyarakat Iban.
Kredit : Rh. Benggau Ng. Sut Kapit

Walau pun adat ini dilakukan bagi merestui perkahwinan cinta terlarang, adat kuno masyarakat Iban yang sebelum nya menetapkan hukuman bunuh menggunakan buluh runcing ke atas pasangan jadi mali.

Walau bagaimanapun, perkahwinan antara sepupu tidak dianggap sebagai ‘mali’ dalam masyarakat Iban. Maka, mereka tidak perlu mengadakan adat jadi mali ini sekiranya ingin berkahwin.

Walau pun jarang didengar pada zaman ini, adat ini sebenarnya masih diamalkan di beberapa bahagian di Sarawak terutamanya di daerah Betong dan Saratok.

Anda pernah melihat bagaimana adat ini berlangsung? Atau anda pernah menyaksikan adat-adat lain yang unik? Kongsikan cerita anda di laman komen agar untuk pengetahuan generasi hari ini.

Kenali juga 5 tradisi perkahwinan unik yang terdapat di Sabah dan Sarawak :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Detik Sebak Bapa Mertua Iban Beri Pesanan Atas Pelamin Meski Kini Berbeza Agama
Next Article Umpama Emas Cair Di Bumi Kenyalang, Kenali Minyak Sekiu Yang Hanya Terdapat Di Mukah Sarawak Umpama Emas Cair Di Bumi Kenyalang, Kenali Minyak Sekiu Yang Hanya Terdapat Di Mukah Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?