• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Dari Semenanjung Kagum Dengan Budaya Berebong Orang Sarawak

Oleh
Aina Musa
2 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lelaki Dari Semenanjung Kagum Dengan Budaya Berebong Orang Sarawak

Ketahui tradisi berebong di Sarawak

Lelaki Dari Semenanjung Kagum Dengan Budaya Berebong Orang Sarawak. Malaysia merupakan sebuah negara multi racial yang kaya dengan adat dan tradisi. Disebabkan kepelbagaian adat dan tradisi inilah yang menjadikan kita sebuah negara yang unik.

Mana taknya, setiap negeri di Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan setiap etnik tersebut pula memiliki tradisi turun-termurun baik dari segi sambutan perayaan, upacara kematian ataupun majlis perkahwinan.

Lelaki Dari Semenanjung Kagum Dengan Budaya Berebong Orang Sarawak. Sumber: Tiktok Arimieza

Lebih-lebih lagi sekiranya anda ke negeri Sabah dan Sarawak, setiap majlis ‘keramaian’ itu pasti diraikan dengan penuh tradisi sebagai simbolik bagi melambangkan masyarakat tersebut.

Baru-baru ini, seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Arimieza telah berkongsi pengalamannya ‘berebong’ di sebuah daerah di Sarawak. Untuk info, beliau berasal dari Semenanjung dan berkahwin dengan isterinya yang merupakan warga Sarawak.

Di Sarawak, berebong ini sebenarnya adalah aktiviti ‘merewang’ atau bergotong-royong untuk kenduri perkahwinan.

Kebiasaanya, aktiviti berebong ini akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat bagi meringankan beban ahli keluarga pengantin.

Menurut perkongsian Arimieza, beliau kagum melihat tradisi unik ini di Sarawak kerana berdasarkan pengalamannya beliau tidak pernah melihat tradisi ‘merebong’ ini di Semenanjung.

Tambahnya, apa yang menjadikan aktiviti berebong ini menarik adalah semua kelengkapan yang digunakan sepanjang majlis tersebut dipinjam dari surau dengan syarat semua peralatan yang dipinjam hendaklah dijaga dengan baik. Sekiranya rosak atau hilang, peminjam hendaklah menggantikan semula barang tersebut.

Setiap individu yang terlibat itu pula ada tugas dan peranan masing-masing. Ibarat sebuah team, mereka yang menghadiri aktiviti berebong ini cakna mengenai task sendiri sama ada terlibat dalam pasukan memasak, mengupas bawang, mengemas rumah dan sebagainya.

Apa yang membuatkan tradisi ini meriah adalah setiap ahli keluarga ataupun saudara yang terlibat masing-masing menunjukkan skill mereka. Bak kata orang, this is your time to shine!

Walaupun tradisi berebong ini jarang dilihat sekarang, namun sekiranya anda ke majlis perkahwinan di kawasan-kawasan luar bandar Sarawak tradisi ini masih diamalkan oleh orang kampung.

Baca lagi artikel menarik:

Teruja Lihat Keharmonian Pelbagai Kaum, Netizen Semenanjung Ini Kagum Sarawak Lebih ‘Maju’
Kagum Dengan Sarawak, Diana Danielle Kongsi Pengalaman Berada Di Perkampungan Bidayuh Padawan

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Curi Penutup Longkang Di Stesen Minyak Kuching, Lelaki Didenda RM10,800
Next Article Pengurus Dedah Rahsia Mengapa Kek Viral Mentega Keju Mita Unik Dan Wangi Pengurus Dedah Rahsia Mengapa Kek Viral Mentega Keju Mita Unik Dan Wangi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?