• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Bukan Pertama Kali Berlaku, Fenomena Matahari Bertukar Biru Buat Ramai Gelisah

Oleh
Aina Musa
29 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Bukan Pertama Kali Berlaku, Fenomena Matahari Bertukar Biru Buat Ramai Gelisah

Berubah dari jingga ke biru?

Bukan Pertama Kali Berlaku, Fenomena Matahari Bertukar Biru Buat Ramai Gelisah. Peminat astronomi di Britain terkejut pagi semalam apabila mereka melihat matahari menjadi biru dengan gambar keganjilan itu membanjiri aplikasi X, lapor portal berita Mailonline.

Sebilangan netizen membincangkan fenomena ganjil tersebut dengan seorang daripada mereka berkata: “Tidak pernah melihat matahari biru sebelum ini. Saya masih ingat matahari (berwarna) oren gelap dan merah apabila Ribut Ophelia 2017 mengubah haluan asap kebakaran hutan Portugal ke Britain. Mengapa warna biru kali ini?”

Bukan Pertama Kali Berlaku, Fenomena Matahari Bertukar Biru Buat Ramai Gelisah. Kredit: Daily Mail

Seorang lagi netizen menulis di laman X: “Kita mempunyai matahari biru yang menakutkan hari ini (semalam) di Twickenham.”

Bagaimanapun, bercakap kepada MailOnline, Timbalan Ketua Kaji Cuaca Pejabat Meteorologi Britain, Dan Harris berkata: “Pengaruh angin Barat yang kuat terhadap cuaca Britain pada masa ini. Ia membawa udara dari Amerika Utara ke Eropah.

“Udara ini mengandungi asap dari kebakaran hutan Kanada. Gabungan asap dan awan tinggi di atmosfera menyerakkan cahaya matahari serta mewujudkan anjakan warna yang luar biasa,” katanya.

Fenomena aneh itu bukan kali pertama berlaku.

Pada tahun 1950, matahari kelihatan biru di Ontario, Kanada berikutan ribut api Chinchaga iaitu salah satu kebakaran terbesar yang pernah direkodkan di Amerika Utara.

Baca lagi artikel menarik:

‘Dia Sorang Saja Nak Cepat’, Individu Luah Rasa Kesal Dengan Sesetengah Sikap Pemandu Di Samarahan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pengguna Dan Peniaga Bantah Caj Tambahan DuitNow QR, Ini Sebabnya Pengguna Dan Peniaga Bantah Caj Tambahan DuitNow QR, Ini Sebabnya
Next Article Lelaki Mengaku Rogol 42 Ekor Anjing, 39 Daripadanya Mati Diseksa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?